Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, May 27, 2011

Dayus



Pernah juga diriwayatkan dalam hadith , soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)Penerangan Ulama Tentang Lelaki DayusJika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-"seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya)



Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.



/fuzidss

No comments: