Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, May 5, 2011

Hasbunallah wa ni'mal wakil


Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan hidup. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta/kekayaan. Jika Allah mengatur utk kita, apa yg orang sangka tewas Allah akan berikan kemenangan. Allah mewujudkan keajaibam

Apabila insan melihat Nu ada orang yang nak bertindak pada
kau, kata Allah iman mereka bertambah. lantas mereka mengucapkan "Hasbunallah wa ni'mal waqil. Cukuplah bagi kami Allah, DIAlah sebaik-baik tempat diserahkan urusan. [Alim Imran -173]

Wahai orang yang ingin menyadarkan dirinya, bertawakallah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada pada-Nya. Pabila kita mahu keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana. Jadikanlah "hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup Anda. Jika harta Anda sedikit, hutang Anda banyak, sumber penghidupan Anda kering, dan mata pencaharian Anda terhenti, mengadulah kepada Rabb-mu seraya mengucapkan, "Hasbunallah wa ni'mal wakil

Jika Anda takut kepada seorang musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau khawatir dengan suatu bencana, maka ucapkanlah dengan tulus kalimat ini: "Hasbunallah wa ni'mal wakil." {Dan, cukuplah Rabb-mu menjadi Pemberi Petunjuk dan Penolong.}
(QS. Al-Furqan: 31)

Dari permerhatianku, mereka yang berkuasa, ujiannya cukup besar di atas pangkat dan kuasa yang telah diberikan, misalnya keperluan berlaku adil dan saksama kepada mereka yang dipimpin. Dan ini memang berlaku dan terjadi dalam hidup ini. Kesannya, setiap malam pasti akan ku mengadu pada Allah, "Ya Allah aku dizalimi oleh......."

Dan keajaiban tawakkal, hari maka terbuktilah bahawa Allah telah menunjukkan kebenaran. Insan yang berkuasa tersebut telah ditarik nikmatnya. Sebelum ini beliau berkuasa dan megah dengan gelaran dan pangkatnya namun begitu Allah telah menarik satu-persatu nikmat yang diperolehi sebelum ini. Kini orang bawah pimpinannya telah mengambil alih tugas beliau.Beliau seolah-olah jatuh ditangan anak buahnya. Dan beliau juga kini seolah-olah menagihkan perhatian.Namun Jika Allah ingin menarik segala nikmat, tiada satu tangan yg dapat menghalangnya. Allahuakhbar.

Ya Allah kuserahkan segalanya pada mu Ya Allah. Ya Allah apa saja yang aku alami daripada nikmatmu daripada kurniaanmu tidak ada dpd sapa-sapa dikalangan hamba mu tidak ada dpd sapa2 melainkan daripada engkau YA TUHAN. BAGI ENGKAULAH PUJIAN BAGI ENGKAULAH KESYUKURAN

dan akan aku pastikan senantiasa berdoa kerana insan ini telah berlaku zalim. Wahai penzalim, ingatlah Allah senantiasa mendengar doa orang yang kena zalim. Dan akan aku pastikan setiap doaku akan ku sebut.... Ya Allah sesungguhan dia menzalimku......

LA TAHZAN INALLAH HA MA ANA

/fuzidss

No comments: