Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, May 15, 2011

Jalan Ke Syurga Tanpa Dihitung

Kuliah Subuh Hari, bersema Ustaz jemputan...ada 4 sifat unuk pergi ke syurga tanpa dihitung.
a) Mereka tidak menjampi
b) tidak pula meminta jampi
c) mereka yang tidak bersangka buruk
d) Bertawakkal pada Allah

Apa maknanya segala pencapaian yang dibanggakan itu tiada apa nilaiannya, sekiranya matlamat akhirnya bukan Syurga Allah. Segala harta-benda, pangkat, kuasa, kebahagiaan dunia yang dia miliki akan menjadi hampas dan debu jalanan belaka yang tiada nilai walau sesen. Alangkah ruginya manusia kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal soleh. Bagi mereka pahala yang tiada putus-putus.

Orang yang beriman akan sentiasa ditimpakan ujian demi ujian oleh Allah. Itu menunujukkan kasih sayang Allah, kerana pada setiap kejadian itu bagi orang beriman ada hikmah disebaliknya. Mohonlah doa kepada Allah dengan mengharap Redha Allah semoga dengan Redha-Nya maka pengakhiran kita insyaAllah adalah penghidupan penuh kebahagiaan sejati di dalam Syurga Allah. Amiin.

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga ‘Adn
3. Syurga Na’iim
4. Syurga Na’wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi


/fuzidss

3 comments:

ijayuji said...

Salam kak, nama2 syurga yg indah..

zai@umiaiman said...

thanks sudi ingt mengingati...

fuzidss said...

Ika-tulah impian setiap insan dik
Zai-ilmu Allah untuk dikongsi bersama