Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, May 16, 2011

Sunnah-sunnah Yang Dilupakan



Bersama Ustaz Mohd Yusuf Arbain di Kuliah Mawaddah Menerangkan Maksud HADITH - "Apa yg disandarkan kpd Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wassalam, sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan sifat tubuh, sifat Akhlak, sama ada sebelum diutuskan @ selepas diutuskan


Dalil Daripada Al-Quran


Surah Ali- Imran :31, Bermaksud: "katakanlah (Wahai Muhamad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (Ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"



Berkata al -Hafiz Ibn Khathir Rahimahullah : "Ayat yang mulia ini adalah pemutus kepada sesiapa yg mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas Jalan Muhamad. Maka sesungguhnya dia adalah PENDUSTA atas apa yang dia katakan sehinggalah dia megikuti syariat Muhammad dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan dan hal ehwalnya seperti yg telahdisebut oleh Rasulullah Sallahu alaihi Wassalam :


" Sesiapa yg beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka ianya ditolak " ( Riwayat al - Bukhari dan Muslim ). Sesungguhnya, hanya mereka yang berada di dalam ‘Jamaah’ yang mendirikan ‘sunnah Rasulullah saw’ yang akan memasuki ‘syurga Allah SWT’ . Justure itu, kita akan terus berdakwah agar Insan beriman dengan Nabi Sallahu alaihi wassalam dan terus berpegang dengan ajaran Baginda. Kita akan berusaha sedaya upaya membela sunnah Nabi Sallallahu alaihi wassalam dan mempertahankanya.



/fuzidss

No comments: