Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, May 17, 2011

Tetamu Yang Dijemput Dengan RahmatNYA..



Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya adalah dikalangan mereka yang telah membuat persiapan seawal niat dan azam untuk menunaikan haji lagi. Mereka telah mempersiapkan diri dengan keperluan batiniah melalui taubat yang bersungguh-sungguh serta memperbanyakkan doa khusus supaya dijemput sebagai tetamu-Nya. Begitu juga mereka mempersiapkan diri dengan ilmu amali ibadah haji dan umrah seawal mungkin agar jelas dan timbul rasa keyakinan di dalam hati. Ibadah fardu yang lain juga tidak ketinggalan seperti solat, berzakat dan puasa diperkemaskan dan ditunaikan dengan sebaik mungkin. Hubungan sesama manusia diperbaiki, jika ada dosa dan pernah membuat kejahatan kepada orang maka bersegera memohon kemaafan kepada mereka. Dijelaskan segala hutang yang mampu dijelaskan dan mempersiapkan keperluan segala bebanan dan tanggungjawab yang bakal ditinggalkan. Mereka ikhlas memperlakukan demikian demi kerana mencari redhanya tuhan.

Ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai kehendak ibadatnya dengan begitu mudah, kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan. Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari kelaziman dan kesenangan yang diterima selama ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan seperti di negara sendiri. Ibadat haji merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah SWT.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah.” Tidak ada tujuan lain kecuali Allah sebagai tujuan solat, ibadah, hidup dan mati kita.....Dan sesungguhnya berusaha untuk menyiapkan diri menjadi tetamunya

No comments: