Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, June 9, 2011

Jangan Memperlekehkan Orang...




Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Tidak ada keutamaan bagi orang arab ke atas orang ajam (selain Arab) dan tidak ada keutamaan bagi orang berkulit hitam dengan orang arab melainkan dengan ketaqwaan".(HR. Ahmad, V/158. Dinyatakan shahih oleh al Albani dalam Shahih al Jami’ no. 1505)


walaupun apa bangsanya, boleh menjadi muslim lagi mukmin. Bahkan dia boleh mejadi muslim yang terbaik, walaupun dia daripada bangsa paling hina pada pandangan masyarakat, tetapi Islam tidak mendiskriminasikannya.

Maka, Bilal bin Rabah r.a. seorang yang berkulit hitam, berasal dari status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai muazzin (tukang azan) Nabi s.a.w. Sehingga orang melayu memanggil ‘tok bilal’ kepada tukang azan.
Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Maka perjuangan yang hanya terhad untuk membela sesuatu bangsa cuma, amatlah sempit dan terbatas. Ia perjuangan yang tidak dapat dikongsi kebaikannya oleh kaum yang lain sekalipun keadaan mereka sama.

Lantaran itu bangunalah itu Insan, lihat dunia luar betapa sekarang anak-anak zina yang lahir. Adakah kita hanya berpeluk tubuh. Marilah sama berganding bahu tegakan syiar islam. ....

Kuliah Maghrib malam tadi di Surau Mawaddah. bersama ust Khalid Student Yaman, tak lama lagi akan berangkat ke Yaman





/fuzidss

1 comment: