Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, July 6, 2011

Nasi Serai vs Ayam Serai ...khas Buat Amaar


Send an email to my boss yang dok MC, to seek his approval to go back early malangnya he was not reply at all. Tak pa laa di dunia ni dia ada kuasa untuk segalanya tapi Allah maha berkuasa. Walaupun balik 5.30 Allah percukupkan segalanya. Panggang Ayam, Masak Nasi Serai dan Masak puding ...pengajaran bagiku tak yah nak mintak redha manusia tapi mohon pada ALLAH... Ingat wujudnya hidup kita memudah kan orang lain dan ALLAH akan permudahkan jalan hidup kita InsyaAllah. So hari ni memang plan dari office dah . apa lagi 5.30 berdesup lee pi cari bahan..thank u Kak Nor, Kak Ros & Ika...jasa pasti Allah balas

NASI SERAI

resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 cawan beras ~ k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill

Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.


* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.

AYAM PANGGANG SERAI
sumber : Kak Ros & Hana

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (kak rose guna 2 kpg whole leg)

*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
garam sedikit
lemon
butter - potong kecil @ minyak zaitun

kentang, carrot, bawang besar - potong empat (kak rose x letak)

Cara-cara

Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy








Amaar tidak sabar menjamu tak kala kami solat maghrib


Ini semua Amaar punya



/fuzidss

2 comments:

AI said...

- wahhh suke amaar ye, masak spesel utk besday dia...

fuzidss said...

Ai bukan dia saja yg suka abang2 pun excited sesangat