Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, July 26, 2011

Terasa Baru Membelainya...Selamat Hari Lahir

Pejam celik sudah 15 tahun berlalu, hari ini tubuh yang tinggi lampai tak kala memelukku terasa diri ini kecil. Ibu ucap terima kasih kerana mu senantiasa mengingatkan ibu.

Anakku, seperti yang ibu selalu ingat pada semua anak-anak ibu, hidup ini adalah untuk mencari redha Allah. Cari ilmu kerana ilmu maka kita akan perolehi cinta Allah. Pabila mengenal Allah lantas pasti Allah akan melembutkan hatiku mengasihi kedua ibu bapamu. Itu harapan bagi semua ibubapa untuk membimbing anak-anak ibu ke jalannya.



Anakku, manusia selain diciptakan sebagai makhluk Allah yang paling mulia, ia juga diciptakan sebagai khalifah di muka bumi dan berfungsi sebagai makhluk Allah yang dilahirkan dengan membawa potensi yang dapat dididik dan mendidik. Apabila potensi itu tidak dikembangkan, nescaya ia kurang bermakna dalam kehidupan.

Oleh itu, itulah usaha ibu dan abah untuk senantiasa mendidik anak -anak ibu bagi pembentukan peribadi Muslim, yang berisi pengamalan sepenuhnya akan ajaran Allah dan Rasul-Nya. InsyaAllah


/fuzidss

3 comments:

Ayu said...

Happy birthday to Anis,
dah besar anak dara fuzidss ya..
semuga dipangjangkan usia berjaya didunia & akhirat..

eddie said...

yepi birthday ye

Abang Blog said...

anis! Happy birthday! :)