Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, January 2, 2013

Cekodok Pisang


Sabtu yang lepas, kuliah muslimat akan mengadakan majlis beramah bermesra bulanan dan digalakkan ahli nya membawa ' potluck' selepas balik subuh aku pun gagahkan diri walaupun malam tadi perut memulas ekoran perut ini terkejut makan macam-macam malam tadi di Warung lebai Dolah @ Seksyen 13 .



Stok pisang masih ada walaupun dah terlampau masak namun kupilih yang terbaik.Agak lambat ke surau namun aku bukan lah orang terakhir rupa-rupanya sahabat ku Linda juga kelewatan kerana sibuk memasak kek Cheese. Semasa penutup ustaza memesan agar semua para ibu jangan terlalu ego dengan gelaran " syurga seorang lelak ditapak kaki ibunya" kerana ia akan membuat kita lupa diri dan SOMBONG. Beliau membawa satu kisah yang mana seorang ibu tidak halalkan air susunya kerana si anak ingin berkahwin dengan wanita yang tidak diredhainya. Subhanallah sangat tersentak diri ini kerana sering kali juga aku terniat berkata begitu. Moga kuliah kali ni sering mengingatkan diri ini untuk menjadi ibu yang menjadi kawan kepada anak-anaknya.
/fuzidss

No comments: