Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, February 22, 2013

Khadijah Bukan 40 Tahun



Kuliah di Surau Al Raihan bersama rakan-rakan kerja. Alhadulillah kuliah kali ini Ustaz mengulas bab mandi junub dan juga adab kita memasuki masjid. Kuliah yang menarik dan banyak yg dipelajari.

Hari yang sama perolehi buku terbaru dari Ustaz dan didalam buku tersebut tercatat laman address blognya.. menarik dari pembacaan saya melalui laman blog beliau:

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor merupakan anak kelahiran Pulai Chondong, Kelantan Darul Naim. Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1984 dan merupakan anak kedua daripada lapan orang adik-beradik. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan NGAH di kampung merupakan seorang yang pemalu.


Sumber :http://dzulkhairi.blogspot.com/

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor juga terkenal sebagai seorang pemidato yang lantang dan padat dengan fakta. Acap kali audiens terlopong dengan kepetahan beliau mengungkapkan fakta-fakta baru dan semasa. Pernah beberapa orang di luar yang mendengar kuliah beliau menggelengkan kepala melihat kemampuan beliau berhujjah apabila dibandingkan dengan umur beliau.


“Setiap kali saya menyampaikan kuliah, saya ingatkan diri saya betapa saya ini insan yang kerdil yang sentiasa diberikan peluang oleh Allah untuk memperbaiki kelemahan diri”


“Saya tidak mengharapkan sanjungan dan kasih sayang serta perhatian orang lain,akan tetapi yang paling penting ialah saya mencurahkan perasaan kasih dan perhatian saya kepada orang lain. Cinta itu tidak semestinya dengan kita menerima sebaliknya cinta yang sejati ialah dengan kita memberi dengan dada yang luas dan senang”.


/fuzidss

No comments: