Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Ibadahku. Show all posts
Showing posts with label Ibadahku. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Ilmu Itu Cahaya






 kuliah yang disampaikan oleh ustaz Dzulkhairi, ada 6 tempat dalam solat yang disunatkan berdoa..

1. Ketika Doa Iftitah.

2. Ketika Rukuk

dan bacaannya yang disarankan oleh

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Subhaa-nakallahumma rabbanaa wa biham-dika allaahum-maghfil-lii

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam banyak membaca doa ini dalam rukuk dan sujudnya, setelah turun surat An-Nashr. Beliau lakukan demikian, dalam rangka mengamalkan perintah di akhir surat An-Nashr. (HR. Bukhari)

Rasulullah saw banyak membaca doa diatas ketika umur Rasulullah saw berusia. Bacaan ini sangat digalakkan.  (tidak boleh membaca mana-mana surah)



3.ketika iqtidal

4. Ketika Sujud

5. Ketika duduk antara 2 sujud

6. Ketika Tahiyyat- selepas selawat dan doa yang sering dibaca oleh Rasulullah iaitu doa berlindung dari 4 perkara

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ يُسْتَجَابُ لَهَا
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak merasa kenyang (puas), dan dari doa yang tidak dikabulkan.” (HR . Muslim no. 2722 dari Zaid bin Arqam radhiyallahu ‘anhu)  


Friday, February 21, 2014

Makanan Sunnah ... di pagi hari

Inilam makanan yang di jamah sebelum menjamah makanan lain...

ini juga antara pemakanan untuk Menambah Susu Badan dengan cara sihat dan semulajadi

untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak factor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka  tiada, susu mereka kurang. Tahukan anda bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yg tidak memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Menyusu bayi Nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara  untuk menambah susu badan.

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

Lobak putih
- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering
- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma
- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis
- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
Doa

- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.


Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar

sumber ; facebook makanan sunnah

Monday, January 6, 2014

Ikatlah Ilmu Dengan Menuliskannya



Ini lah wajah-wajah para ibu yang dahagkan ilmu. Disamping kesibukkan dengan kerja mengajar/pejabat, kami cuba cari ruang untuk mendalami ilmu harfiyyah bagi kami memahami bait-bait yang terkandung dalam Al quran.

Ilmu makanan jiwa dan makan physical juga perlu. Lihatlah betapa meriahnya makanan yang terhidang ...

Thursday, January 2, 2014

Adab Memandikan Bayi


 
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir | Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Kongsikan kepada semua, moga bermanfaat.
Sumber: Fuh.My


Tuesday, December 17, 2013

Develop a Productive Habit to incrase our Knowledge about Islam



7 Practical Ways to Acquiring Knowledge about Islam
“Seeking knowledge is obligatory upon every muslim” [Sunan Ibn Majah].

1. Time management
- it may be that on Saturday and Sunday after fajar  you have a few hours free. fill that time by attending the kuliah subuh.commonly say in the business world, “If you fail to plan, you plan to fail”. it’s better you fill your time with something beneficial before Shaitaan gets a chance to distract you.

2. Invest in a CD or other electronic device
 This is very useful for those who have little time available Look for a beautiful recitation of the Qur’an to listen to regularly. This should increase your love for the Qur’an, help correct your recitation of Qur’an and help prevent us from sin. Sakeenah and contentment is one of the greatest blessings we can receive through the recitation of the Qur’an.

3. Pick out a small area to focus on
remain consistent in seeking knowledge even by just a little bit on a regular basis

4. Stay connected with the Muslim world
 keep yourself close to Islam through hearing and seeing it in different media .... youtube, facebook etc

5. Dedicate a specific time for acquiring knowledge
This can be done daily or a few selected days in the week, depending on your schedule e.g. the weekend. but try to ensure you are constant with this.

6. Pick an entertaining topic to start with
 learning about the prophets - Not only will you learn about the miracles that they experienced, you will also learn about the great abilities and etc. Insha-Allah, from this, we hope Allah (glorified and exalted be He) will give us a thirst for knowledge which brings us closer to Him and Islam.

7. Keep on making dua to Allah-to help you achieve this objective
 A dua you can constantly recite to help with this is:
“Allahumma inni aoothubika minal hammi wal hazni, wal ajzi wal kasali, wal bukhli, wal Jubni, wa dala’id-dayni wa ghalabatir-rijal”

(‘Ya Allah, I take refuge in You from anxiety and sorrow, weakness and laziness, miserliness and cowardice, the burden of debts and from being overpowered by men’).
“Rabbi Zidni Ilma” (“O my Lord! Increase me in knowledge)
 
 

Thursday, November 21, 2013

Pelaburan Ilmu dimana-mana


Hari  kuliah diteruskan di pejabat. Ramai yang mohon ditangguhkan namun ketegasan dalam mencari ilmu. Kenapa perlu jika kita awalkan masanya. Ustaz pun maklum maka segala persediaannya teratur dan lengkap. Kesuntukkan waktu namun dapat merangkumi nikmat ilmu.

Sunday, November 3, 2013

Kusyuk Itu Perlu Di cari




Kuliah pagi ini  menjelaskan tentang kusyuk dalam solat. Seperti semua sedia maklum bahawa rukun solat ada 13

 Rukun solat terbahagi kepada 3 bahagian
a) Rukun Qalbi (yang diingat dalam hati)
b) Rukun Qauli ( yang di ucap dibibir)
c) Rukun Fi'li (perbuatan)

1Niat
2.Takbiratul Ihram
3.Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit  dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
4.Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5.Rukuk dengan toma`ninah.
6.I`tidal dengan toma`ninah
7.Sujud dua kali dengan toma`ninah
8.Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9.Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
10.Membaca tasyahud akhir
11.Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12.Membaca salam yang pertama
13.Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Ustaz mengulas tentang surah Al Makminun
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Tiang Islam itu solat, tapaknya shahadah, Puasa itu dinding, zakat itu membersih dan bumbungnya adalah Haji.

Firman Allah lagi yang bermaksud :"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."[Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]





Orang yang meninggalkan solat itu adalah masalah akar dan gejala sosial yang berleluasa sekarang ini adalah kesan dari mereka yang meninggalkan solat. Ia berpunca dari akar.

Saidina Umar pernah menegur salah seorang sahabat, katanya, kusyuk itu bukan dimuka namun ianya datang dari hati. 3 konsep yang perlu di hayati untuk mencari kusyuk dalam solat. antaranya
a) Sebelum Solat
b) Ketika Solat
c) Setelah Solat.

Sebelum solat kita dilarang untuk melihat benda-benda haram iut akan menghalang kita dari memperolehi kusyuk. Perkara-perkara akan berlarutan dalam solat.  Ketika marah  dan terus melakukan solat. Redakan emosi sebelum laksanakan Solat Ini akan mempengaruhi solat. Kenapa antara kita sukar untuk menikmati kusyuk dalam solat.

antara sebab kita tidak kusyuk,

 1)Kerana kita tiada keazaman. Tanya diri apa yang kita lakukan sebelum solat. Begitulah Nabi Adam     a.s beliau tiada azam maka langgar perintah Allah.
2) Menjaga makan minum.Makanan yang haram, dari sumber haram itu akan merosakkan rangkaian kita pada Allah
3) Hati yang perpenyakit  hati yang kotor.  Hati yang lango. Banyak berbual kosong.
4) Mabuk dalam solat..maksud disini kita kita tidak memahami apa yang dibaca membawa fikiran kita melayang memikirkan perkara lain.

Kita perlu tanya diri bila masa  kita pernah merasai kusyuk.. disaat kita gundah... benar-benar berhajat pada Allah, di saat kita menunaikan Umrah.. pasti kita merasai benar-benar kusyuk itu datang..

unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam.. Keenam-enam itu, mengikut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, ialah,
  
    “Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.






Wednesday, October 23, 2013

Wahai Pemimpin Jadilah Murabbi




Professional ini pandai namun dia perlukan kefahaman agama.

Kata nabi saw dalam hadis Bukhari, manusia umpama barang galian, seperti galian emas dan perak yang terpilih masa jahiliah, terpilih juga semasa islam dengan syarat dia faham agama. Yang bagus sebagai seorang pemimpin dia juga boleh jadi orang soleh. Dengan syarat kena faham agama..

Ada sebahagian Dr.. baca buku islam lebih faham dalam sesuatu hal agama.... Allah beri rahmat pada seseorang .. siapa yang Allah mahu kebaikkan keatas dia Allah faqihkan kepadanya Agama cuma kita perlu belajar dan cari ilmu agama... Berkongsilah dan jadilah murabbi yang terbaik... Problem dengan pemimpin bukan bersifat pendidik kepada anak-anak buahnya.

Ada ilmu kita didik dan kongsikan dan tegur mana yang silap tapi kebanyakkan tiada sikap itu kerana itulah tanggungjawab kita dan perlu berjawab pada Allah. Jadi seorang murrabi dimana kalian berada. Jangan merasa angkuh dengan sedikit ilmu dan dengan hanya anda merasa di atas anda miliki segalanya kerana ingat mereka yang diatas akan lebih banyak dipersoalkan di hari pembalasan nanti.

Fiqh sempit, Fiqh tu perlu meluas..  keluasan fiqh Islam.. Pemimpin perlu faqih.. baca feqah yang luas dalam memimpin... Baca fatwa-fatwa dan cuba fahami agama... Pemimpin perlu faham.
 
 
My lunch box today... bee hoon  goreng... and my task for today to go through this  book Collecting of Debt..  

Monday, October 21, 2013

Sejauh Mana Kaki Melangkah








Sejauh mana kita melangkah untuk kita jelmakan islam dalam hidup kita. Jangan terlalu bersuara untuk membela islam namun kita tidak jelmakan urusan hidup kita seperti Rasulullah. Seperti yang kita diketahui bahawa segala hidup kita telah dicaturkan oleh Allah sebelum lahir lagi namun kita berhak memilih mencari terbaik buat anak-anak. Untuk itu kita perlu bentuk hidupkan sebelum membentuk orang lain. Muhasabah diri kita apa kita bersedia untuk berubah .. apakah bahan bacaan kita yang menjadi rujukkan? Adakah yang terbaik dikala ini. Mungkin kita rasa sudah terlambat namun bagi Allah tiada yang terlambat bagi mereka untuk berubah.

Allah S.W.T mencintai kita lalu dia memberi ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita sebelum kita mencapai ke puncak. Tujuannya, agar kita sentiasa mengingati-Nya dalam perjalanan kita mencapai impian diri. Namun manusia, seringkali melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba sewaktu senang. Apabila musibah datang, barulah mahu diingati pencipta-Nya dan pada waktu ini, bibir mula tidak kering dari meminta pertolongan Allah S.W.T, meminta agar diberi kesabaran dalam menempuh ujian-Nya. Baru kita ingat akan musibah itu ialah ujian. Di waktu senang, kita lupa tentang ujian daripada Allah S.W.T untuk melihat masih bolehkah kita mengingti-Nya atau terus hanyut dalam kesenangan hidup di dunia. Jangan dikenang segala yang telah berlalu namun jadikan panduan buat kita untuk terus berjalan kedepan.
Maka apabila kita sudah berada dipuncak semula, kita tidak akan mengulangi perkara yang telah berlaku yakni hanya mengingati Allah S.W.T di waktu susah.
 


 




Friday, May 24, 2013

Rakan Perjuangan

 Wahai rakan-rakanku, teruskan niat mu sahabat. Kita sebagai tunggak keluarga,  setiap saat perlu untuk kita fikirkan yang terbaik  agar generasi kita dapat merasai perjuangan kita.

Walau isu yang dibincangkan berat tetapi  jangan dilihatkan berat. Biar pun berbincang di Teapot Deil di  SACC Mall namun perbincangan kami bertujuan. Memikirkan tindakan kami seterusnya. Walaupun usaha disekat, namun tak pernah menyerah. Kalian semua pembakar semangat. Moga Allah terus dekatkan kalian bersama diri ini untuk terus berjuang.

Apapun scone di Teapot Deil @ SACC Mall memang sedap

Sunday, May 19, 2013

Para Malaikat Tentera Allah dan Bagaimana Besarnya kerajaan Allah- Kuliah Dhuha ustaz Don


Antara lain initipati kuliah ustaz Don, menerangkan kebesaran Kerajaan Allah bagaiman besarnya kuasa Tentera Allah yang punyai sayap yang tidak boleh digambarkan oleh kita.

Berdasarkan hadits diriwayatkan oleh Abu Dawud dari seorang sahabat Jabir bin Abdillah, wujud para malaikat pemikul singgahsana Allah sangatlah besar dan jarak antara pundak malaikat tersebut dengan telinganya sejauh perjalanan burung terbang selama 700 tahun.

Dikatakan pula dalam hadits, bahwa Hamalat al-'Arsy memiliki sayap lebih besar dan banyak dibandingkan dengan Jibril dan Israfil. Dikatakan, bahwa Hamalat al-'Arsy memiliki sayap sejumlah 2400 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Israfil, sedangkan Israfil mempunyai 1200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Jibril.

 "Mereka adalah tingkatan tertinggi para Malaikat dan Malaikat yang pertama kali diciptakan, dan mereka berada di dunia sebanyak 4 malaikat, pada saat qiyamat akan berjumlah 8 malaikat dengan bentuk kambing hutan. Jarak antara telapak kakinya sampai lututnya sejauh perjalanan 70 tahun burung yang terbang paling cepat. Adapun sifat dari 'Arsy, dikatakan bahwa bahwa 'Arsy adalah permata berwarna hijau dan 'Arsy adalah makhluk yang paling besar dalam penciptaan. Dan setiap harinya 'Arsy dihiasi dengan 1000 warna daripada cahaya, tidak ada satu makhlukpun dari makhluk Allah ta'ala yang sanggup memandangnya.. Dan segala sesuatu seluruhnya didalam 'Arsy seperti lingkaran ditanah lapang. Dikatakan sesungguhnya 'Arsy merupakan kiblat para penduduk langit, sebagaimana Ka'bah sebagai kiblat penduduk bumi."


Thursday, January 31, 2013

Sempurna...complete



Alhamdulillah setelah hampir sebulan dapur ini di renovasi, maka siap sudahlah impian kami untuk memiliki ruang dapur basah yang sempurna (wet kitchen) dan juga ruang solah yang cukup comel buat kami sekeluarga.

Kami cukup menghargai dan bersyukur kerana didampingi dengan jiran-jiran yang cukup menjaga kebersihannya. Dengan terbinanya ruangan solah ..ibadah berjemaah kami menjadi lebih teratur. Adam, Alif, Amir dan Amaar dengan sendirinya akan pergi ke ruang solah tiap kali masuk waktu.

Next projek adalah renovasi bilik anak dara kami Nur Anis Nabilah. Bilik yang perlu diubah suai....

/fuzidss