Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, February 6, 2009

Abah kami merindui mu......


Di saat -saat abah bersama cucu kesayangannya. Ya allah pilunya tak terhingga. Masih terasa bahang tangannya mengengam tanganku menahan kesakitan, masih terngiang-ngiang suaranya meminta nescafe. Amat sebak bila melihat abah menggagahkan diri untuk bangun dari katil pabila cucu-cucunya datang melawatnya.
Abah, di saat Dr datang menghampiriku dengan niat memberitahuku bahawa abah dalam keadaan tenat, bagaikan mahu ku meronta tapi apakan daya, aku masih perlu bertahan terus tabah. "abah maafkan Ida, maafkan Ida".. jerit adik bongsuku. Ya Allah tak tertahan rasanya bila mendengar rontaan itu. Bagai ditusuk-tusuk. Aku masih tetap setia membisikkan kalimah shahadah ditelinga abah dan tidak sesekali berganjak dari posisiku. Acap kali ku bisikkan ketelinganya" Abah, maafkan anak-anakmu sesunggunya ini yang perjanjian mu dengan Allah, kami semua meredhainya." Setiap kali bisikkan kalimah Allah diucapkan ditelinga Abah, terasa tangan ku digemgam erat oleh abah. Kurasa dahinya masih panas namun tangan dan kakinya sejuk membeku. "Abah, semua anak-anak abah berada disamping abah, ampunkan kami."
Tiba-tiba, darah mengalir keluar dari mulutnya dan terus menghembuskan nafas yang terakhir. Lantas dengan tidak dapat aku menahan aku menutup mukaku dan mulutku lantas menangis sekuat- hatiku. Sekumpulan Doktor datang menghampiri dan mengesahkan bahawa abah telah pergi buat selamanya. Aku membetulkan tangannya lantas terus keluar dari bilik dan memeluk suamiku.........

1 comment: