Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, July 1, 2009

Muhasabah - Zalim Keatas Diri


Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Disebabkan itu terdapat istilah ‘zalim pada diri sendiri’ di dalam Islam. Dan digunakan buat pertama kalinya oleh bapa dan ibu sekalian manusia, Adam dan Hawa dalam doa mereka. Ketika memohon keampunan Allah SWT kerana tertipu dengan hasutan Iblis.

Gelaran zalim juga diberikan Allah SWT di dalam al-Qur’an terhadap mereka yang melakukan kesalahan, fasik atau kafir. Ini kerana mereka tidak berlaku adil pada diri sendiri. Dengan meletakkan diri mereka pada tempat yang tidak tepat.

Oleh itu sesiapa yang berpegang teguh pada persaksian terhadap ketuhananNya, dengan berperanan sebagai hamba Tuhan. Telah meletakkan diri pada tempat yang tepat. Atau boleh juga disebut sebagai berlaku ‘adil pada diri sendiri’. Bagi yang melakukan sebaliknya, telah ‘menzalimi diri sendiri’.

Maka dengan itu, ‘adil dalam Islam boleh disimpulkan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya.

No comments: