Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, August 18, 2009

Doa seorang isteri



Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah, tetapi,sayang tidak berduri.Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat dan akhlak .

Si suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya dan tidak membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama.

Ya AllahSekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMuKurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah MuLimpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Ya Allah Ya Tuhanku…Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati di suamiku setelah selama ini beliau sabar dengan membimbingku dalam menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang muslimah....Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

No comments: