Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, September 30, 2009

Menumpang kasih Abah...


Abah,

kutahu hubungan kita tidak semesra seperti Abah kandungku Shahadan tapi Abah, izinkan ku menumpang kasih mu Abah. Tidak pernah sebelum ini aku memeluk mu tapi Syawal kali ini ku beranikan diri untuk memelukmu. Terima kasih Abah kerana menyambut dakapanku seperti mana kau mendakap kesemua anak-anakmu.

Abah,
izinkan anakmu mendampingimu seperti mana aku mendampingi arwah Abah PJ. Abah ,kutahu kasihmu tidak pernah berbelah bahagi namun memandangkan jarak antara kita agak berjauhan membuat kita merasa asing.

Abah,
keperlukan teguran-teguran seperti mana abah PJ sebelum ini. Akan kuterima dengan hati yang terbuka dan ku sentiasa mengharapkan kata-kata nasihatmu.

Abah,
terima lah diriku seperti anak-anak kandungmu kerana aku sentiasa merindu belaian seorang Abah.

Terima kasih abah atas segalanya

No comments: