Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, September 7, 2009

Peristiwa 25 Ramadhan di Ain Jalut- Saifuddin Qutuz


Kesudahan Yang Baik Buat Raja Yang Hebat

Isnin- 17 Ramadan/ 7 Sept 2009. Kuliah Subuh hari menceritakan satu peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadhan adalah peristiwa peperangan Ain Jalut. Peristiwa ini berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 H di Ain Jalut dan Bisan, Palestin. Medan pertempuran tersebut terletak tidak jauh dari bandar al-Quds. Seperti mana saranan Ustaz, yang penting pada hari Nuzul Quran apa yang penting adalah memahami intipati Al Quran. Oleh itu ustaz menerangkan sejarah islam yang mana Raja Saifuddin Qutuz menebus kembali maruah umat Islah

Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri serangan Tatar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang hebat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat dirasai jika kita dapat menyelami penderitaan umat hasil dari serangan Tatar ke atas umat Islam
Qutuz sujud ke bumi mensyukuri kemenangan tersebut. Beliau dan tenteranya berjaya membunuh kesemua tentera Tatar. Ya! Kesemuanya. Tidak ada seorang pun dari tentera Tatar yang berjaya melepaskan diri mereka hidup-hidup. Semuanya mati dibunuh oleh tentera Islam di dalam peperangan yang cukup hebat ini.

Maruah umat Islam berjaya dikembalikan. Kematian jutaan umat Islam berjaya dibalas oleh Qutuz. Sememangnya beliau seorang pemimpin hebat yang berjaya mencipta satu sejarah untuk dibanggakan oleh umat Islam sepanjang zaman. 10 bulan sudah cukup bagi Qutuz untuk menjatuhkan Tatar yang bermaharajalela di bumi Islam selama lebih 40 tahun.
Semua itu berlaku pada hari ini, 25 Ramadhan.

Semasa perang tersebut, Isteri Sultan Saifuddin Qutuz iaitu Juallanr turut menyertai dan beliau nazak " Saifuddin memapah dan berkata, "Wahai isteriku " Jullanar membalas"wahai saifuddin, lebihlah kasih kamu terhadap islam"

Moga pahlawan seperti Qutuz akan ada penggantinya. Aamin.

No comments: