Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, September 8, 2009

Solat Qadha' - Kuliah Ramadan ke 3 Avon


Alhamdulillah kita sudah menghampiri fasa ke 3 ramadan seperti yang kita sedia maklum fasa ramadhan terbahagi kapada tiga:- Fasa satu - rahmah Allah swtFasa dua - keampuanan Allah swtFasa tiga - pelepasan daripada api neraka. Kuliah kali ini mambawa topik SOLAT Qadha & Seksa meninggalkkanya


Dalam segala amalan yang telah kita lakukan di dunia, solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,“Perkara pertama yang dihisab keatas seorang hamba di hari kiamat adalah solat, jika baik solatnya maka baiklah seluruh amalannya dan jika buruk solatnya maka buruklah seluruh amalannya.

Dalam mengerjakan solat Zohor, kita bahagikan masa tersebut kepada 3 iaitu :-

a) Fadhilat - ( 1.30 -2.30)
b) Ikhtiar
c) Tahrim (haram)

kita disarankan untuk mengejakan solat pada waktu fadhilat. Perlu disedari bahawa solat gadha' adalah wajib hukumnya ke atas setiap muslim selagi akal masih sempurna Sekiranya kita pernah meninggalkan sembahyang fardhu sebelum ini samada dengan sengaja (tanpa uzur syarie) atau dgn tidak sengaja (uzur syariee) maka wajib kita menggantikkannya.

Kalau kita lihat dalam senario masyarakat kita pada hari ini, kebanyakan daripada kita meletakkan kepentingan solat terakhir sekali. Yang utama dalam fikiran masyarakat kini adalah soal duit, harta, anak/isteri, kerja, dan yang paling akhir sekali barulah nak pikir pasal solat. Sepatutnya, solat adalah KEUTAMAAN kita, perkara yang patut kita letakkan di atas sekali. Sebenarnya kita tiada alasan, bahkan tidak boleh ada alasan untuk meninggalkan solat.

Dalam satu hadith bertaraf sohih, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:“Yang membezakan iman dan kufur adalah meninggalkan solat”Jadi sahabat-sahabat sekalian, marilah sama-sama kita menjaga solat kita dengan sesempurna yang boleh.

Kuliah kali ini rancak dengan soalan-soalan dari muslimin Avon.Kulilah berakhir pada 1.45 petang.

No comments: