Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, November 22, 2009

Dipetang Ahad











Atas permintaan bujang2ku maka aku melangkah pergi ke Plaza Massalam. Buat pertama kalinya pergi tempat Shopping complex tanpa suami. Sesampai saja di sana menuju ke Game centre.. let them choose what ever they want. Setelah memilih CD yang diminati aku pun melangkah pulang namun berjumpa jiran2 ku. Dengan ikhlas hati aku melontarkan senyuman kepada.

Tetiba saja Amir mengajak pergi Ruskin Robin Ice Cream. Apa lagi pekena ice cream. Abang dok tengok sebab dah kenyang CD.. he he.. itulah caraku mengajar anak-anak berbelanja.
Setelah selesai makan, aku terus pulang melihat kebunku. Memang puas tengok pokok pisangku berbuah buat kali yang kedua apa lagi dengan cangkul ditangan aku menghayunnya mengikut gerak rentak musik yang kudengar melalui headphone. Hampir sejam aku menghabiskan masaku di kebun dan ku bergegas menunaikan solat kemudian menyiapkan makan malam. Jam menunjukkan jam pukul 5.00 petang namun inilah azam baru 2010 ku bahawa anak-anak akan terhidang makanan sebelum 7.30 malam.

6.00 siap masak dan Lauk malam ni Ikan Siakap masak 3 rasa, Kangkung Goreng udang kering dan telur bungkus. Khas buat hubby yang seharian berada di office hari ni. Minum petang kami sempoi iaitu sosej berperisa keju berserta air kopi O.

No comments: