Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, November 10, 2009

Kurniakan kepada Kami Kekuatan Sepanjang Perjalanan...


Alhamdulillah, majlis Kuliah bulanan Avon berjalan dengan lancar. Tajuk Kuliah kali ini adalah Tetamu Allah bersempena dengan musim haji. Ustaz Zulfan mengulas tentang ibadah yang boleh mencemarkan ibadah haji. Pasti segalanya berlandaskan sunnah & Al-quran dan ianya akan lebih mudah. Ustaz juga menerangkan bahawa yang wajib bagi umat islam menunaikan Haji adalah sekali dalam hidup kerana adalah lebih baik kita melakukan umrah dari Haji kerana ada baiknya kita bagi peluang mereka yang belum berpeluang.

Ustaz juga menerangkan ada ibadah yang dilakukan disini sama ganjarannnya dengan menunaikan haji cuma tiada pengalaman. Menurut Hadis sohih, sekiranya seseorang itu setelah solat subuh, berdoa, berzikir dan berdoa sehingga waktu shuruk, maka ganjaran sama seperti menunaikan fardhu haji.

Di penghujung kuliah Ustaz membacakan doa untuk warga Avon dan En Mansoor yang akan berangkat ke tanah suci mekah pada 20 November 2009. Ya Allah kurniakan kekuatan untuk umat islam Avon sepanjang perjalanan mereka di tanah suci mekah.
InsyaAllah, Allah akan mengabulkan doa kita selagi kita tetap dalam keimanan kepada-Nya dan beramal shalih. Dan tentu saja ikhtiar yang maksima.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." [QS. Al-Baqarah : 186]

No comments: