Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, November 22, 2009

Melayan Tetamu Kecil- Telur Bungkus yang tak berbungkus

Setelah balik pasar, Adam & Gang merancang nak pi wet world lagi bersama gangnya. So untuk tidak menghampakan mereka akupun membawa mereka ke sana. Tapi ku biarkan mereka disana bersama kakak. Balik kusiapkan hidangan untuk mereka. Kali ku pastikan anak-anak suka iaitu ketam. Malas nak berfikir panjang masak jela masak lemak cili api .

3.00 petang masa untuk mereka pulang. Dalam perjalanan pulang ku belikan beli kuih dalam RM10.00 untuk dimamah didalam kereta. Setibanya dirumah masing-masing kepenatan dan naik kebilik terus tidur so Ketam tu nampaknya for Dinner laa.

8.00 semua turun tapi diluar jangkaan, yang menjadi sambutan hangat adalah telur bungkus yang tak berbungkus tu (sebab tak pandai nak bungkus ha ha) licin.. mujur my hubby sempat merasa. 10.30 mak sampai bersama ayu yang berjanji untuk makan bersama Adam kerana meraikan kejayaan Adam.... konon la tu. Pi tapau KFC..apa lagi hilang ingatan la aku makan walaupun jam dah 11.00 aduhhh

No comments: