Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, November 24, 2009

Qurban

Qurban sunat kifayah di atas seorang jika berbilang didalam satu rumah, dan sunat itu tertentu baginya jaka dia seorang sahaja didalam satu rumah.Maksud sunat kifaya ialah apabila dikerjakan oleh seorang dalam satu rumah maka terlepas sekelian isi rumah daripada makruh.

Seperti selalu abah Muar akan pastinya mengorbankan sekurang-kurangnya satu ekor lembu yang dibahagikan kepada 7 bahagain/7 orang. Seperti selalu aku dan suami akan dalam bahagian tersebut. Di hari tersebut kami bagaikan bersatu di hari raya ni memandangkan keluarga mak yang besar cukup keluarga kami saja yang melapah daging lembu tersebut. Adik-adiku lelaki ku memang ringan tulang. Guys you all memang best.
Suasana ini tidak pernah ku kecapi sehinggalah ku berkahwin dengan my hubby. Thanks to Allah kerana mempertemukan aku dengan seorang kekasih dan sahabat sejati iaitu Mohd Fuzi Haji Saidon dan keluarganya. Aku bukan hantu sup lembu namun pada hari tersebut pastinya hari sup buat keluarga Saidon. Apa lagi berbau lembu satu rumah but fun beb.

Harus serahkan niat qurban kepada orang islam yang mumayiz sama ada dia orang yang menyembelih atau tidak. Wajib bersedekah daging qurban yang mentah kadar yang dinamakan sedekah kepada fakir miskin dan harus diambil yang lebihnya untuk dirinya. Wajib bersedekah sekelian daging yang mentah, kulit dan tanduk binatag qurban yang dinazarkan. Sunat orang yang berqurban memakan sedikit daging daripada qurban sunat. Orang yang berqurban haram lagi tidak sah menjual suatu dari daging, bulu, tulang dan lainnya.

No comments: