Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, November 7, 2009

Terima kasih Bonda

Antara baju yang dihadiahkan oleh Bondaku.


Hari ni satu lagi kuterima hadiah dari Bondaku. Memang beliau tahu Anakandanya sorang ni tak suka bershopping dan dilihat baju anaknya yang jarang bertukar ni membuat kan bondaku akan sering terfikir untuk membelikan baju. Cuba bayangkan baju dari ku kahwin hingga sekarang masih lagi di pakai ke tempat kerja. Bagiku selagi baju masih boleh digunakan tak menjadi masalah bagiku.

Itulah aku, tak pernah ada minat yang mendalam untuk bershopping. Bayangkanlah, Mid Valley yang besar itu tidak pernah pun ku jelajahi untuk bershopping. Disebabkan appointment/meeting with Vendor sahaja memaksa aku untuk menjejakkan kaki kesana . Minatku mendalam terhadap bercucuk tanam dan memasak lately ni. Kepuasan yang tidak terhingga pabila setiap resepi yang dicuba menjadi. Esok percubaan pertama masakkan Nasi Dagang. Moga berjaya, insyaAllah

No comments: