Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, December 9, 2009

Hari yang penuh dugaan





Hari ini yang penuh dengan ujian Allah yang menguji kesabaran. Pada petang tadi Amir terkena bola di padang. Bengkak dan berdarah dimulutnya. Aku memujuknya dan membawa ke Restoran Bun D. Disana ku tuamkan dengan air panas sambil ku suapkan makan disana. Ini kerana aku ingin lari dari perasaan marah terhadap Adam. Memandangkan beliau laa yang membawa Amir ke padang. Balik ke rumah kucuba memasak resepi baru iaitu Thai Green Curry. Alhamdulillah.

Di kala aku sibuk menyiapakan hidangan dilihat Amaar still berdarah dimulutnya dan aku tanpa berlengah pergi ke dentist namun malangnya kedua-dua buah klinik tutup. Terus ke kelinik panel dan menurut Dr ini Keradangan Gusi (Gingivitis).Penimbunan plak dan kalkulus membahayakan. Bakteria menyebabkan keradangan gusi yang dinamakan gingivitis di mana gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah. Menurut Dr. aku perlu memberi Vitamin C dan juga air yang banyak. Antibiotik yang perlu diambil 3 kali sehari. Tidak tertahan melihat kesakitan yang ditanggung.

No comments: