Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, January 12, 2010

Daging Masak Tauchu

Hari ini terdapat 2 meeting yang mana banyak masa aku terluang, namun ianya cover beberapa task yang dah lama pending. Alhamdulilah my boss lately ni everytime meeting for sure he will call me in. For me this is oppurtunity dan aku tak akan melepaskkannya. Peluang bukan datang selalu. Aku amat memahami situasi beliau dan sekurang-kurangnya aku dapat membantu mengurangkan bebanan dan itulah seharusnya sebagai orang insan didunia ini yang wujudnya diri ini akan membawa ketenangan kepada orang lain bukannya membebankan. Tips ini yang ku belajar dari seorang sahabat dari HR dept. Tip ini akan kukenang kerana tak lama lagi aku tak akan dapat melihat kelibatnya di office lagi.

Time lunch seperti biasa aku google kat dapur Hana & En Mat apa yang patut untuk aku dinner malam ini. Kali ini ku kan cuba Ayam masak tauchu. Tapi yang kelakarnya bila sesampai saja dirumah aku dimaklumkan oleh bibik bahawa ayam dah habis .. masak for lunch sebab kawan kakak ramai yang datang makan. Oh ok .. tak jadi hal kita tukar kepada daging. Tapi memang sedap sangat sebabnya aromanya yang dihasilkand ari daun limau purut, daun pucuk ubi dan lengkuas memang berbeza dan tak pernah kurasai sebelum ini.
BAHAN A:
300 gram daging
1 cawan santan
3 tangkai pucuk ubi (rebus dan hiris)
3 helai daun limau purut
3 batang serai (ketuk)
1 sudu besar jus limau
1/2 cawan taucu (buang masin)
3 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam

BAHAN KISAR:
9 ulas bawang merah
9 tangkai cili merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
3 cm kunyit
4 cm halia
4 cm lengkuas
1 sudu besar (biji) ketumbar
Sedikit gula merah
Sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ayam kemudian lumurkan dan perapkan dengan jus limau seketika.
2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik wangi.
3. Masukkan ayam tadi dan kesemua bahan A kecuali taucu. Tuangkan air dan gaul rata. Setelah pekat, barulah masukkan taucu. Tambahkan garam jika perlu.

2 comments:

hana said...

salam kunjung kembali kak.. tima kasih yer sudi ke blog saya. kat sini pong tak kurang hebatnyer! salam kenal dr saya...

fuzidss said...

Thanks Hana... moga ikatan ukhuwah terjalin antara kita. Keep posting the japanis food ya