Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, January 31, 2010

Lontong sepantas Kilat



Hari ni kami pagi2 dah pi cari makan di kedai lontong kelang. Memang selalu penuh kedai ni so kami tunggu lama dah kat restoran tersebut namun masih tiada meja kosong. Kami pun gerak laa ke restoran sebeleh iaitu Restoran Hakim. So malamnya untuk lepaskan kempunan pagi tadi aku pun masak laa. Dinamakan lontong sepantas kilat sebabnya semua segera. Apa yang ada jee laa ku redah

Bahan2nya
Kobis, dihiris sederhana halus
1/2 biji sengkuang [ tak ada so tak letak]
dihiris memanjangFucuk, [tak ada]
batang lobak merah hiris nipis
Kacang panjang, dihiris serong
2 keping tauhu, potong dadu
Soo Hoon, direndam dan kerat pendek
2 keping tempe, potong kecil
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, diketuk1 camca
1 biji santan
1/2 cawan isi udang

2 camca teh udang kering, rendam 10 minit dan toskan
*10 biji bawang merah kecil
*4 ulas bawang putih*1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
Garam dan sedikit gula
Udang Besar 5 ekor

Bahan Lain:-
Nasi Impit Nona


Sambal tumis Sotong,
Serunding (tak letak, sebab tak buat..hehe)Cara membuatnya:-
Tumis bahan yang dikisar hingga wangi,masukkan santan dan masak hingga pecah minyak. Masukkan udang, lobak merah dan tempe, gaul rata dan tuang santan lagi. Biar mendidih hingga hingga sayur lembut. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bila mendidih, masukkan suu hoon dan Kacau dan biar mendidih atas api perlahan untuk 5 minit. Rasa dan jika ok boleh dimatikan api.

UNTUK PENYEDIAAN LONTONG:- Letak nasi impit dalam bekas sesuai. Tuang kuah lodeh dengan isi2nya sekali. Letak sambal tumis dan serunding (jika ada) sebagai pelengkap..Boleh lah makan lepas tu...hmmmm...
Sumber bonda Muar & En Mat

2 comments:

TREAT AND TRICK said...

Salam kenal Fuzidss, sedap nampak lontong tu...

fuzidss said...

salam pengenalan.. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya... rakan2 blog lain banyak membantu .:) keep it posting my dear