Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, January 20, 2010

Mak, sesungguhnya syurga ditelapak Kakimu

kami semua sayang Mak. Terima kasih Mak


Semalam, sepetang kami bersama tuk kami di teluk Intan. Sebelum itu kami telah pergi Majlis Daerah Alor Gajah yang mana kami , Mak, Apai, myself, Ana, Edi & Ayu telah dipanggil mengangkat sumpah utk tujuan ambil alih kuasa tanah arwah abah. Ku lihat diwajah yang pertua magistrate tersebut agak terpegun dengan kami seiring dan sekata.

Setelah itu mak menyampaikan amanahnya kepada tuan Magistrate bahawa tanah tersebut bahagian beliau akan diserahkan kepada anak-anak dan tambah mak, "umur saya pun tak panjang lagi". Setelah kami semua menandatangani, tuan magistrate mengajukan soalan kepada Mak. Puan ada soalan? Mak lantas berbicara, " Tuan saya cuma nak cakap kepada Tuan bahawa selagi saya masih hidup hasil sawah saya akan diberikan kepada saya". Tuan Magistrate lantas menjawah " Puan itu terpulang pada anak-anak kalu anak puan bagi barulah boleh kerana hak telah berpindah milik kepada mereka sedang puan tiada langsung nama disini. Adakah puan pasti? Mak dengan yakin menjawab, "anak-anak -anak saya adalah harta saya dunia dan akhirat dan saya yakin bahawa mereka pasti akan memahaminya. " Ya allah mulianya hati mak, tidak beliau hadap dengan harta dunia. Ya haiyum Ya qaiyum dengan rahmatmu daku memohon pertolonganmu perbaikilah seluruh urusanku Ya Allah..

Setelah itu kami gerak ke restoran lambai, kemudian terus ke kampung. Setiba kami dikangpung atuk tergambar ceria diwajah beliau melihat kami datang. Adik-adikku apai dan Edi bermesra dengan tuk dan memandikan beliau dibilik air. Sebagaimana beliau melayani arwah abah dulu sebegitulah beliau melayan atuk. Atuk begitu terpegun melihat adikku yang tidak kekok langsung dalam menguruskan beliau. Ya Allah rapatlah dan kekallah hubungan kami adik-beradik sehingga akhir hayat.
Di pagi ini aku sepanjang jalan menujuk ke Office air mata ku bercucuran mengenangkan betapa besarnya pengorbanan Mak.


No comments: