Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, February 12, 2010

Mee Rebus Udang

Idea ni datang pabila melihat En Mat kita postkan hasilnya di My resepi dan ianya menari karana mee rebus udang ala Singapore yang tak perlu daging. Pertama kali mencuba mee rebus dan menjadi kegilaan anak2 kerana rasa kentang dan lengkuas serta taucu yang menaikkan aroma mee tersebut. Dari pemerhatianku, mee ini adalah gabungan dari Mee Udang dan Merebus maka tercetuslah mee ini
Bahan-bahan ( 5 orang )
500 g mee kuning
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris [ saya gantikan tempe goreng]
3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
Hirisan cili hijau dan merah
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang [ tak ada so tak letak]
250 g udang sederhana besar

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan* [tak ada letakk kiub ikan bilis]
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara
Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan

Note: saya Rebus sekali kentang dan lobak merah dan udang sekali buat kuah tu... bila kentang dah empuk, saya lenyekkan bersama lobak , tauhu pula saya gantikan dengan tempe

No comments: