Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, April 26, 2010

Kuih Tako

Yeee Haa, buat pertama kalinya buat benda ni. Idea ni datang setelah melihat dapur Hazila ni tapi menu tak salin pas tu main bohhh jee laa menunya. Pi hantar ke rumah Mak tapi malangnya hajat tak kesampaian kerana bondaku balik Teluk Intan. Seronok sesangat ni sebabnya sejarah dalam hidup ni. Thanks Zila Amaar suka sangat kuih ni.

Bahan-bahan ( 6 bekas kecil2 )
Lapisan bawah:-
30gm tepung Hoen Kwee
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu
Lapisan atas:-
@270ml santan
@20gm gula
@20gm tepung beras
@secubit garam
Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan

Cara-cara
Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
Biarkan sejuk dan hidang.

2 comments:

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Salam Fuzidss :)
Hish!!! Ada kuih tako. Ni febret cik hubby kite :P Tapi yg ni jenis modern tak gunakkan daun pisang.. lagi senang. Tentang jemput2 roti 2 mcm biasa kite buat jemput2 tapi kite add on roti dlm 3-4 keping yg direndam dlm air sebentar jer. Malu lah nak letak resipi..hehehe. Fuzidss tggl kat shah alam dekat ngan rumah Hazila ke? Mama ada mak sedara kat KL jgk pernah kesana. Maybe next time kalau ke KL blh lah jumpa Fuzidss n Hazila :)

fuzidss said...

Salam. Ya saya duk kat Shah Alam. Ok tu arrangement baik tu. Tak tau pun Hazila dok Shah Alam. Good idea tu boleh berkumpul di KL ya mengeratkan lagi silaturrahim