Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, May 8, 2010

Ayam Kicap Berempah


Belasah jee laa apa yang ada ... sibuk dengan aktiviti surau la ni rasa enjoy sesangat. Baru2 ni ada pulak class mengaji lagi teruja aku nak joint malam memang ini aku cari2 lagi dengan ustaz Firdaus. Kalu dengar beliau mengaji pasti mengalir aku mengingat kan Arwah abah. Resepi ni pi intai dapur Hana
Bahan A
6 ketul ayam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
Bahan utk tumis
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 inci halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
minyak
Bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis

Cara-cara
Gaul ayam dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jamPanaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah. Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi. Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar. Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu) Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato. Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.


1 comment:

ijayuji said...

salam kak dayang! Selamat Hari Ibu buat akak n bonda akak juga ;-) sedap ayam2 ikan2 dan apa2 yg masak kicap ni kita mmg suke ehehe...