Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, May 7, 2010

Menghormati Tetamu


kuliah semalam di Masjid -Adab meraikan tetamu dan memenuhi undangan dijelaskan terperinci Imam Muhammad al-Ghazali . Adab ini yang dapat memastikan bahawa setiap tingkah laku dan tindakan tuan rumah yang mengadakan jamuan serta tetamu yang memenuhi undangan kekal terpelihara dan tidak melanggar batas sempadan.

Bagi tuan rumah yang mengadakan jamuan, ia sebenarnya memenuhi tuntutan agama agar sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu. Ini seperti ditegaskan Rasulullah saw yang bermaksud: "Tiada kebaikan bagi sesiapa yang tidak menerima tetamu." Amalan mengundang tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama ini juga adalah amalan nabi-nabi. Misalnya, diriwayatkan Nabi Ibrahim akan berjalan sejauh sebatu atau dua batu untuk mencari orang yang akan bersama-sama dengannya. Sikap ditunjukkan Nabi Ibrahim ini menunjukkan betapa penting kita menjemput orang lain menjadi tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama. Apatah lagi, jika mengadakan majlis meriah seperti majlis perkahwinan, jamuan hari raya atau majlis seumpamanya seperti kenduri kesyukuran dan sebagainya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghormati tetamu, maka ia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku, maka dia memuliakan Allah dan sesiapa memarahi tetamu, maka dia marah kepadaku dan sesiapa yang marah kepadaku, maka dia memarahi Allah." Seterusnya, dalam mengundang tetamu juga, kita hendaklah mengutamakan golongan yang bertakwa atau lebih tepat lagi, orang berakhlak mulia, di samping golongan fakir dan miskin. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Pastikan bahawa makanan kamu dimakan orang yang baik-baik." Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Seburuk- buruk makanan adalah makanan (di majlis) kenduri yang hanya dijemput golongan kaya dan mengetepikan golongan fakir."

Begitu juga dengan usaha mengundang dan menghidang makanan untuk golongan fakir dan miskin. Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Sa'id, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baiknya, kita dapat menjemput semua tetamu mengikut keutamaan mereka, iaitu bermula dengan terdekat tidak kira sama ada mereka kaum kerabat, sahabat atau kenalan. Di samping itu, kita diingatkan supaya tidak mengadakan majlis atau menjemput tetamu ke rumah semata-mata untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk. Sifat yang buruk ini hanya mendatangkan kerugian kerana Allah tidak menerima perbuatan mengundang tetamu itu sebagai ibadat dan tidak akan memperoleh keberkatan. Sebaliknya, kita hendaklah membahagiakan dan menggembirakan hati saudara seIslam serta menurut sunnah Rasulullah.

Dalam memenuhi undangan juga, kita diingatkan agar tidak menjadikan jarak sebagai halangan kerana ia hanyalah pada adat. Dalam kitab Taurat atau sesetengah kitab lain menyebut: "Berjalanlah kamu sebatu untuk menziarahi pesakit, berjalanlah kamu dua batu untuk mengiringi jenazah, berjalanlah kamu tiga batu untuk memenuhi undangan dan berjalanlah empat batu untuk menziarahi saudara di sisi Allah."

Perkara ini menunjukkan kita digalakkan memenuhi undangan dan menziarahi saudara walaupun jaraknya jauh. Adab terakhir adalah menghadiri sesuatu majlis bukan dengan niat memuaskan nafsu makan semata-mata kerana ia akan mendorong kita cenderung kepada hal-hal keduniaan. Sebaliknya, kehadiran kita biarlah dengan niat yang baik. Mudah-mudahan, kita akan mendapat ganjaran yang baik di dunia dan akhirat. - Kuliah Mawaddah 6 Mei 2010

6 comments:

maz said...

salam dayang..tu la kdang2 kita pndang remah perkara2 mcm ni kan...sbnarnya bnyk pahala dan kebaikkannya disisi agama..

fuzidss said...

betul tu... dah lama dah tak buat majlis kat rumah nii..InsyaAllah bulan awal June kot

hazila said...

jangan lupa jemput ye....

Eliza said...

salam dayang...ayah saya pernah ckp, memuliakan tetamu yg dtg ke rumah ganjarannya sgt besar apalagi kalau tetamu itu turut mendoakan kebaikan tuan rumah tsb.

tq 4 sharing the infos...sharing is caring gitu...

Datin El said...

fuzidss
salam dipagi jumaat yg mulia
rumah akak mmg tak sunyi dari tetamu..t.ksh berkongsi ilmu dengan kami semua..

fuzidss said...

Salam Zila- InsyaAllah saya jemput ya

Eliza- betul tu.. memang besar ganjarannya

Sala Datin - teringin nak jadi tetamu Datin