Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, May 20, 2010

Thai Coconut Soup


Haa akhirnya berjaya juga buat ni resepi dari Mazz... Kanda kata ada kureng sikit.. hemm apa lee kurangnya ku rasa okkk je
Sumber Resipi : Mazz
Bahan-bahan (1- 2 orang)
10 ekor udang segar saiz sederhana besar - buang kepala tinggalkan ekor dan belah depan sikit
1/2 - 1 sudu besar red curry paste - ada jual kat pasaraya
2 batang serai - dibelah kecil
1 inci lengkuas - hiris nipis-nipis (resipi asal tak letak)
1 biji tomato - belah 4 (resipi asal tak letak)
4 helai daun limau purut
4 biji cili padi - ketuk (kalau suke pedas letak lebih) (resipi asal tak letak)
1 labu kecil bawang besar - belah 6
1/2 biji limau nipis - amik jusnya
1 cawan santai cair
2 cawan air
2 sudu besar minyak masak - kita guna minyak sayur
daun ketumbar - untuk aroma thai yang sebenar (resipi asal tak letak)
sedikit gula, garam @ fish sos dan aji - sebagai perasa

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, serai dan red curry paste. Kacau sebati seketika (2-3 minit) guna api perlahan.
2. Masukkan santan, air dan lengkuas. Kacau selalu agar tidak berketul dan masak sampai mendidih. Kemudian masukkan cili padi, daun limau purut dan udang.
3. Masak sampai udang masak (jangan masak telalu lama, kerana udang cepat lembut cukup hanya 5-6 minit). Kemudian masukkan buah tomato. Perasakan dengan jus limau nipis, gula, sedikit garam dan aji. Pandamkan api. Keenakan sup ni terletak pada rasanya yang seimbang dan rasa masamnya yang lebih menyerlah.
4. Tuang dalam mangkuk dan letak daun ketumbar semasa menghidang. Selamat Mencuba......

2 comments:

Eliza said...

salam fuzidss. lauk ni mcm sama dgn tomyam poktek kan?. saya penah mkn di restoran chiengmai, sg buloh mmg perghh...sedap sampai boleh teringat2.

fuzidss said...

Salam El- memang rasanya macam ala- ala toomya chieng mai tu tapi husband kata ada kureng sikit.. Hemmm.