Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, May 23, 2010

Tom Yam Koong

Kuliah maghrib adalah kuliah tafsir yang disampaikan oleh Ustaz Fausi Safar. Ustaz menerangkan sebagai seorang hamba seharusnya kita sesama kita mengingati bahawa dengan mengungkapkan kata2 " takutkan akan Allah". kerana Allah berpesan.... Adakah kita berani ...rata-rata tidak, masing2 buat hal sendiri. Perbanyakkan solat tengah malah kerana besar ganjarannya.

Bila selesai, pihak surau telah menerima cenderahati dari Syarikat Jasmeen pengeluar Kopi Segera kopi Goat. Memang banyak dan berkotak2 . Muga murah rezeki beliau dan airnya memang sedap. Sesampai dirumah semua bujangku bergelimpangan dan belum makan lagi..aduhhh. Silapku juga kerana tak masak awal

Hari ni layanlaa Tomyang Kung resepi dari Kak Nor
Dah lama teringin nak buat pes ni untuk masak Ikan Dalam Taman @ Pla Lui Suan dari dapur Nor tu.. Semalam baru berkesempatan...sedap pes ni..Nor akak kopipes je la yaa...time kasih banyak2..
Ni dia pes Cili Sangai pelbagai guna dari Kak Nor
Bahan:-
1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
2 cawan barang putih ~ (1 labu)
2 cawan bawang merah ~ (9 biji)
1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)
*yg dalam kurungan tu yg k.nor buat, sbb stok udang kering dah nak abis ler.. so kena la pandai2 ejjas bahan2 lain..)
Cara Menyediakan:-
Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering.
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

2 comments:

hazila said...

uzidss, lama tak masak tom yam. Saya suka makan ni.

fuzidss said...

Zila-kalu dah ada pesnya memang tersangat mudah