Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, June 27, 2010

Di Hati kita ada Akhirat -Kuliah Maghrib 26-Jun 10


Malam tadi merupakan hari penuh besejarah bagiku kerana ku angkut semua anak-anakku ke Surau Mawaddah. Kali ustaz Fadil Ismail antara yang saranannya yang terkesan dihati ini adalah berkenaan dengan kebanyakan insan dimuka dunia ini hanya memikirkan kurangnya harta dunia tetapi tak pernah mengenangkan betapa kurangnya bekalan kita ke akhira.

hari akhirat adalah destinasi terakhir. Begitulah kepercayaan yang tersemat dalam hati mereka yang mengakui beriman.Oleh sebab itu, setiap Muslim sewajarnya memiliki wawasan akhirat sepanjang hidupnya di dunia ini. Dengan wawasan itu, mereka pasti berjaya meraih keredaan Ilahi pada hari kemudian itu.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh) dan mereka menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian) bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-A’la: 14-17)

Jelas daripada ayat di atas, amalan membersihkan diri, mengingati Allah dan melakukan solat adalah tanda keimanan terhadap hari akhirat.

ustaz juga membangkitkan soal suci dalam debu. Dalam islam tak ada pekataan suci dalam debu. Kerana beliau suci akan tetap suci. Kalau berdebu maka tetap berdebu.Contoh yang diberi, misalannya seseorang itu pakaiannya ala kadar tapi menutup aurat namun kurang solat jemaahnya. Bertanya pada ustaz adakah beliau suci. Ustaz menjawab ya kerana beliau menjaga batas2 diluar solatnya walaupun jarang berjemaah namun tetap menunaikan solat. Contoh kedua, beliau tidak menutup aurat, tapi pabila solat jemaah tak pernah tinggal maka ditanya pada ustaz adalah beliau suci maka ustaz menjawab beliau berdebu kerana solat beliau tidak mencegah beliau dari perbuatan mungkar. Ini adalah contoh yang terbaik

No comments: