Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, July 29, 2010

Colek Tenggiri

Ingatkan colek betik je ada rupanya ada colek tenggiri. Pi intai dapur En Mat Gebu kita ni memang terliur melihatnya ni. Bila makan memang best dengan nasi panas ni. Hari dah bersih kembali so malam bermula berjemaah dimawaddah dan ada Kuliah oleh Ustaz jemputan.

Balik Kuliah ada Meeting bagi Jamuan 31 Julai 2010. Apa lagi , jadi setiausaha kena laa menyalin segala kepeluan untuk hari tersebut. But enjoy jumpa jiran tetangga maka terpautlah kasih antara kami dan terjalin kemesraan . Nak lihat resepi asal di Sini

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan ikan tenggiri
1/3 cawan air masak
2 camca besar gula (mat guna 1 camca besar jee)
2 camca teh garam (mat guna 1 camca teh lebih sikit)
5 biji cili padi (mat guna 10 biji),
2 - 3 biji limau nipis, ambil jusnya
1 inci belacan, dibakar sedikit
1 biji tomato, didadu
1 biji bawang besar, didadu
Sedikit daun ketumbar, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ikan tenggiri dibersihkan, lumur dengan sedikit garam dan panggang hingga masak.
Susun dalam pinggan sesuai.

2. Tumbuk cili, gula garam dan belacan hingga hancur. Campur dengan semua bahan2 lain dan gaul rata. Tuang atas ikan tadi dan hidangkan

3 comments:

indahhouse said...

salam kak fuzids,
Saya pun baru tau ada colek tenggiri ni. tgok bahannya, sangat sesuaila wat sahur bulan pose nanti. penambah selera. ;)

Kerull @ Kay Enn said...

salam singgah kak...salam kenal...i follow...

fuzidss said...

Salam Inda- memang sedap resepi diet ni

Salam Kay- terima kasih kerana sudi berkunjung. Will follow u too