Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, August 24, 2010

Mari Berdoa

Di dalam solat ada doa,dalam puasa, zakat, haji semuanya mengandungi doa. Jadi doa terkandung dalam semua aspek kehidupan Doa. Janganlah kita termasuk orang Bakhil dalam memanjatkan doa.

Di bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Akan ku pastikan untuk menghadiri majlis ilmu kerana sudah pastinya ada doa dan tidak ku lupa mendoakan untuk abah, Akan ku pastikan di bulan yang mulia ini juga untuk senantiasa berjemaah di masjid2 kerana FIRMAN ALLAH hanya yang memakmumkan masjid2 ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan zakat dantidak takut sesiapaun selain dari Allah, merekalah orang, yang diharapkan termasuk golongan oang2 yang mendapat petunjuk.

Sesiapa yang bersolat terawih bersama imam sehingga selesai, Allah akan tulis padanya pahala Qiamulai. Akan ku pastikan untuk tambahkan amal ibadat ku, dan tambahkan zikir

No comments: