Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, August 12, 2010

Kembalinya Atuk Kepada Penciptanya


Ketika Jenazah dimakamkan .

Suami tersayang," dah lama tak bercangkul, macam nak pitam dibuatnya" katanya


Lihat laa adinda tersayang bersama suami tersayang membantu meratakan tanah.


Pada Khamis yang lalu, atuk tersayang telah kembali kepada penciptanya. Di saat-saat akhir kami sempat berkumpul di hospital dan sempat menjaganya semalaman di Hospital Teluk Intan. Dan malam merupakan malam bersejarah kerana menyaksikan 2 kematian serentak. Melihat mereka sedang nazak amat merasa insaf betapa sakitnya mengadap kematian. Perlu diingatkan disini umur kita milik Allah maka hargai umur kita ini dengan mencari pengampunan dari Allah kerana itu lah tujuan hidup seorang insan didunia ini. Peristiwa ini banyak memberikan ku kekuatan untuk melayari bulan Ramadhan ini dengan penuh aktiviti yang mendekatkan diri kepadanya. Ibadah harus dilakukan dengan pengharapan dan rasa rendah diri terhadap Allah.

Pada malam tersebut sempat kucium dahi nya dan kubisikan ke telinganya.Ku urutkan minyak seluruh badannya dan kulihat nadinya bertambah baik. Alhamdulillah berkat kuliah pengurusan Jenazah tempoh hari, banyak mengajarku .

No comments: