Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan Identitinya Dengan Tadarus


9 Ramadhan 1431 H Ramadhan identitinya dengan tadarus Al-Qur’an. Bulan Ramadhan menyempatkan diri untuk bertadarus setidaknya membaca satu mukasurat sesudah berterawih. Alhamdulillah tarima kasih lepada anakku Anis kerana idea beliau untuk serta dalam Tadarus. Setakat ini kami telah sampai ke Surah Ar Ra’d (Guruh)

Di Al – Mawaddah, kami bertadarus bersama, membaca bergantian hingga 12.00 malam.Tadarus adalah amalan sunnah yang diutamakan di bulan Ramadhan. Sebab-sebab diutamakan kerana anjuran Nabi saw mengingatkan pada bulan Ramadhan Malaikat Jibril menyimak bacaan Qur’an mulai dari awal hingga akhir. Hal itu dimaksudkan untuk memelihara hafalan Nabi saw

Yang terbaik, semestinya, adalah banyak membaca Qur’an sekaligus berusaha memahami kandungan isinya. Oleh sebab itu, nekadku selepas ini untuk turut serta kelas tajwid yang dianjurkan oleh Al-Mawaddah.

Jika kita amati, sebenarnya tadarus Nabi disemak Malaikat Jibril itu menyiratkan pesan untuk membangunkan budaya membaca dan budaya sharing. Nabi begitu tekun dan istiqamah menyimakkan bacan Qur’annya kepada Malaikat Jibril, mengapa kita tidak?

No comments: