Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, September 18, 2010

Pasti Allah membantu menghadirkan Mawaddah

Alhamdulillah pada 21 September 2010 adalah hari Ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15. Begitu bernilai hadiah yang kuterima dari seseorang yang bergelar suami. Mengimbau kembali kenangan yang mana tercetusnya idea beliau memilihnya. Disaat aku sedang kalut mencari baju anak2 tiba-tiba kulihat kandaku berada di ruang legar Habib Jewel. Merasa amat pelik sekali bagiku lantasku mendekatinya. “Cantikkan design baru ni”? Lantas beliau menunjukkan gelang yang begitu simple gubahannya. “ Cantik tu...tegurku..”Lantas ku mencubanya ... Tanpa bertanya apa, transaksi card credit berlaku..aku bagaikan bermimpi “Alhamdulillah.. Thank you so much”....itulah yang mampu ku luahkan. Kandaku tersenyum tanpa sebarang kata...itulah beliau yang selama ini ku kenal.

Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair.Semoga Allah memberkahimu ketika senang dan susah & sentiasa mengumpulkan kamu dlm kebaikan.Amin.

Ku mengetahui kewujudan doa Barakallah agak lewat namun. Hingga apabila ku mengatahui maka kepingin sekali orang lain mendoakan ku cara Rasulullah tapi,? Jadi, setiap kali ku menulis akanku pastikan menulis doa ini dan kaitkan dengan link lagu Maher zain dan alhamdulillahirabbil ‘alamiin, the tricks played!

I was wondering kenapa doanya barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma yang apabila di translate berbunyi,”Semoga Allah limpahkan barakah kepadamu, dan semoga Allah limpahkan barakah atasmu”-baru disambung dengan wajama’a bainakuma fil khair. I was wondering kenapa Rasulullah mengajarkan pengulangan barakah kepadamu dan atasmu yang pada saya (waktu itu) tiada bezanya di antara kedua ayat.Dan kenapa pula ditranslate dengan ayat, “Semoga ALlah memberkahimu baik ketika senang dan susah..”

Rupanya Bahasa Syurga memang punya nilaian yang tak mungkin sama dengan bahasa manapun, hingga lakuma dan ‘alaikuma yang nampak sama dalam Bahasa Melayu tidak sama maksudnya dalam Bahasa Arab, Lughatul Jannah. Rupanya ‘ barakallahu lakuma’ membawa maksud barakah atas hal-hal kebaikan yang disukai oleh kedua mempelai, sedang baraka ‘alaikuma membawa maksud barakah atas hal-hal qada’ qadar yang tidak disukai oleh kedua mempelai.Hingga atas alasan tersebut, ianya di translate dalam Bahasa Melayu sebagai, “Semoga ALlah memberkahimu baik ketika senang dan susah..”

Tapi, persoalannya kemudiannya apakah maksud barakah yang sebenarnya ye? Kite dibuat bingung seketika. Hee~ Menurut Salim A. Fillah dalam bukunya, ‘Saksikanlah Bahawa Aku Seorang Muslim’ barakah adalah aneka harapan, yang kesimpulannya berakhir dengan kebaikan.

Bentuk-bentuk harapan boleh jadi bahagia dengan kehidupan baru, anak ramai, kekal dunia akhirat, sakinah mawaddah wa rahmah dll.Tetapi, aneka harapan ini tidak semestinya berakhir dengan kebaikan. Contohnya, ada yang kehidupan baru yang asalnya disebut pembinaan masjid-justeru menjadi semakin jauh dari Allah setelah pernikahan; ada yang anak ramai tapi justeru anak-anaknya yang ramai menjatuhkan air muka keluarga dengan akhlak yang tidak baik; ada yang kekal dunia akhirat tapi justeru abadi menggelegak di neraka Jahannam seperti Abu Lahab dan isterinya. Na’uzubillahi min dzalik.

Jadi, atas alasan pengakhiran harapan, Rasulullah melarang kita mengucapkan doa.”Tahniah ye. Semoga dapat ramai anak” atau “Semoga Bahagia” dll.Dan cukuplah kita dengan mendoakan mereka barakah, iaitu bertambahnya kebaikan bagi pasangan dalam kehidupan mereka dari titik masa ini hingga mereka bertemu Allah.Barakah adalah bertambahnya kebaikan dalam setiap kejadian yang kita alami waktu demi waktu.Ketika Allah mencintai hambaNya, maka ia berkenan membuat sang hamba begitu peka. Saat ditenggelamkan dalam lautan nikmat, sang hamba peka untuk mengenakan alat selamnya. Ia peka. Hatinya berbunga melihat berbagai rerupa, namun tak pernah melalaikan satu kata. Syukur. Lain sisi, Allah juga mengasah agar sang hamba peka, di saat gelombang musibah bertubi-tubi menghentam dan badai melantakkan harta kepunyaannya, dia tidak melupakan suatu kata. Sabar.Ia menapaki jalan-jalan Sulaiman a.s sekaligus menyusuri permatang-permatang Ayyub a.s.Hingga barakah, dalam pujian Rasulullah saw adalah keajaiban. Keajaiban yang menakjubkan!

“Menakjubkan sungguh urusan orang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan. Dan itu tidak terjadi kecuali pada orang yang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya” (HR Abu Dawud & AT Tirmidzi)

Benar juga Salim A.Fillah dalam “Saksikan bahawa Aku seorang Muslim” bahawa pernikahan hanya bermula sama ada dua hal. Menikahi orang yang dicintai atau mencintai orang yang dinikahi. Yang pertama hanyalah kemungkinan. Sedangkan yang kedua adalah kewajiban. Dan atas dasar ini, tatkala mereka orang-orang beriman tidak mampu menghadirkan mawaddah secara automatik, mereka berusaha ke atasnya. Dan pasti Allah akan membantu menghadirkan mawaddah bagi mereka kerana dia pun menjanjikan yang demikian bagi mereka…”…dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”Wallahua’lam bissowab.

(Mawaddah adalah rasa kasih yang bersifat romatis yang diimpikan oleh perempuan dan lelaki. Romantis dibawakan bunga, dibawakan cincin, dibelikan hadiah, dibisikkan kata-kata manis oleh yang tercinta.Romantis dalam berpegangan tangan, bergurau senda yang menjadi antara moment-moment indah pasangan dua sejoli. Inilah mawaddah. Romantis inilah yang dikarang dalam novel-novel cinta, dalam adegan-adegan filem atau drama bersiri yang bertemakan kisah cinta. Dan Islampun selaku agama yang mengiktiraf kisi-kisi manusia tidak menolak romantis itu melainkan membingkainya dalam sebuah pernikahan. Atas sebab itu kita pernah mendengar kisah Sang Rasul Muhammad saw minum dari gelas yang sama dengan isterinya, sampai-sampai meminum dari sudut gelas yang sama. Kita juga pernah mendengar kisah Sang Rasul saw berlumba lari bersama, mandi bersama selain memberikan hadiah buat para ummahatul mukminin radiyallahuanhuma.

11 comments:

Deliah's Deli said...

salam...tahniah!kite tumpang gembira-alhamdulillah....Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair.Semoga Allah memberkahimu ketika senang dan susah & sentiasa mengumpulkan kamu dlm kebaikan.Amin. :))

ijayuji said...

Salam kak dayang, tahniahh juga dr kita, barakallau lakuma wa baraka`alaikuma wa jama`a bainakuma fil khair.. cantek gelangnye :-)

hazila said...

Happy Anni. Alhamdulillah dah 15 tahun. Bukan senangkan nak sampai 15 ni. Moga bahagia dan kekak hingga akhir hayat. Amin.

fuzidss said...

Deliah - memang benar selama 15 tahun bersama namun semakin lama semakin erat hubungan kami. thanks for the doa

Ija-gelang tu coraknya klasik dan akak rasa saat paling sekejap pilih barang kemas kerana memang tak jangka langsung. Thanks for the doa dik

Hazila- ya meniti masa bersama dan mengharungi suka duka selama 15 tahun memang banyak sejarahnya namun berkat doa dan kesabaran seorang yang bergelar suami menjadikan saya matang dalam menilainya. Thanks for the doa

Unknown said...

salam dan selamat hari raya..alhamdulliah dan tahniah dapat gift dari suami tersayang.

fuzidss said...

Kak Ina- terima kasih kerana mendoakan. Saya pun mendoakan kebahagian kak Ina

Musliza Hasni said...

Syukran....menghuraikan maksud Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khai....br tau mksud tersirat dlm lg tu..sgt suker

adam said...

hurmm..been read the same line,the same content of this entry sumwhere in wordpress blog. That particular entry was published earlier than yours.

Plagiarism?Or kebetulan?

fuzidss said...

Thanks Adam..yes , this was from someone I know, kerana pastinya setiap benda baik pastinya sahabat saya ini akan dapat benefitnya... .
InsyaAllah

begitu jugak rakan2 bloger saya lain..saya senantiasa mendoakan mereka kerana mereka semua membantu saya untuk mengetahui bermacam2 resepi..:)
Dari hamba yang jahil

Rahimah VS Ruslina said...

assalam. saya mencari doa yg sesuai utk dilakarkan dlm bntuk cetakan sbgi hadiah ulangtahun perkahwinan pada 9/9 ini. alhamdulillah jumpa info ni. tq :-)

fuzidss said...

Most welcome