Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, September 5, 2010

Ustaz Roslan Mohamed




Subuh ustaz Firdaus mengimami solat kamidan beliau diberi pujian dengan bacaan beliau begitu terbaik yang terbaik yang pernah didengari oleh beliau. Itulah kelebihan ustaz firdaus yang mana menjadikan Surau Mawaddah surau pilihan disekitar seksyen 7 dan seksyen 8. Penuh dengan pengunjung.

Ustaz mengulas Surah Al Haj - Ayat 77 - 78 Hai orang orang yg beriman , ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihat yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan .(ikutilah) agama orang tuamu ibrahim. Dia (Allah) teah menamai kamu sekelian orang muslim dari dahulu (*1) dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini segenap manusia maka diirkanlah solat tunaikan zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah perlindungmu maka Dialah sebaik-baik perlindung dan sebaik-baik penolong.

(*1) Dari Ali ra telah bersabda rasulullah sesungguhnya jihad pertama yg harus diatasi adalah jihad dengan tangan kalian, kemudian jihad dengan lisan, lalu dengan hati. Barang siapa hatinya tidak mengetahui kebaikan (al ma'ruf) dan menentang kemungkaran (al-mungkar) maka ia jungkir-balik yang diatas menjadi bawah

Saranan ustaz teruskan berjukah dalam menegakkan kebenaran Kerana umat islam kehilangan identity. Bila fikiran kita dicemari akan menangani dalam konteks yang yang sempit. Kita hanya mengukur ramandhan itu bulan puasa. Sedangkan Ramadan adalh bulan yang membentukkan identity untuk menghadapi bulan lain.Qardawi telah menegur dikalangan masyarakat islam sejagat khususnya budaya melayu. Antara kesilapan yang dibuat oleh islam adalah

a) salah tanggap yang mana bulan ramadan..

b) Silap membangunkan identiti kita sebenar. Contohnya kemuncak ramadhan adalah 10 malam terakhir bukannya 10 malam pertama maka rebutlah peluang di 10 malam terakhir. Kalau ada anak kecil berumur sebulan sekalipun bawa ke masjid dan iktikaf. BEBASKAN DIRI DARI NERAKA ALLAH....soal biskut, langsir itu bukan soal agama.

c) Eidul fitri disalah tafsir.. dicemari dengan maksiat. Eid itu adalah hari kemenangan dan Al - Fitri adalah fitrah suci. Merupakan hari kemenangan. Tapi kita PASAK DIRI KITA DENGAN HIBURAN.....

No comments: