Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, October 16, 2010

Ayam Baghana

Pi intai dapur kak Ummi, nampak resepi ni lain dari yang lain.
Bahan:-
1 ekor ayam (kira-kira 1/2 kilo - potong 8/10)
5 sudu makan minyak masak
2 1/2 cawan santan
2.5 cm lengkuas - diketuk
1 batang serai - dititik (ummi guna 2 batang)
7 helai daun salam - (*x letak ni)
1 tin kacang kidney
2 sudu makan gula perang
garam secukup rasa
bawang goreng

Bahan Kisar:-
2 sudu makan ketumbar
5 biji buah keras
4 cm kunyit hidup
10 batang lada merah
5 batang cili hijau
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 gm belacan

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan santan, lengkuas, serai dan daun salam dan biarkan masak sehingga naik minyak. Masukkan garam dan gula perang. Masukkan ayam dan kacau rata kemudian kecilkan api dan masak ayam sehingga kuah agak pekat. Akhir sekali masukkan kacang kidney dan semasa menghidang tabur bawang goreng.

Dinner is served now... tunggu kanda balik dari surau tapi kanda dah janji nak bawak dinner kat luar tapi nak masak jugakkk he he . Nak guna my new dinner set ni.

/fuzidss

2 comments:

mama atiq said...

wah dinner ngan set baru, country rose lagik...classsssss gitew...

fuzidss said...

tapi macam rasa tak berbaloi beli sebab tak ada sales masa tu..sebabkan nak pujuk hati yang marah ni..beli je