Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, November 7, 2010

Tom Khai Gai @ Sup Ayam Lengkuas

yang ni khas buat kandaku yang kesurau ketika ini

Yang ini pula khas buat jiran terdekat...

Sempa jugak ke Mawaddah setelah siap masak. Hari ni memang banyak masa kat dapur dan kat taman kebunku. Sempat jugak petik orkid hutan tu buat jambangan bunga. Setelah balik dari surau, temankan kanda ...Begitu asyik melihat kandaku menjamahnya.. bila ditanya sedap?...tak terkata, sambil menganggukkan kepalanya. Memang bahagia teramat....
Sumber: CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air [air rebus udang]
500 ml santan
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk [letak cili api biasa jee]
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang, belah dua [gantikan dengan fishball]
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar [gantikan dengan fishball & fishcake]
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya [gantikan dengan limau purut ]
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal "khas" (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

BAHAN SAMBAL "KHAS" :-)
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.

Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee...Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja....
UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas
/fuzidss

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, aiks! hirup tom kha smpi tak trkata.. nak gaklah sikit... hihi

Jamie said...

Salam kenal,
sup ayam lengkuas..cam best jer..tak penah try lagi boleh cuba ni...i follow...

fuzidss said...

Sari and Jamie- memang sedap ...cuba ya