Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, December 7, 2010

Gulai Ikan Sardin


Hari ni, hari yang penuh bermakna, Kuliah hari ni di Mawaddah oleh,

ust Zamri Shapik..Perlu ada Halwatul Iman dalam diri.. pabila Iman dibina maka lahirlah jiwa HAMBA, yg mana tak terikat pada manusia.Segala yang dibuat semata2 kerana Allah. Bukan kerana majikannya, suaminya ttp HANYA krn Allah, akan rasa seronok dalam melakukan ibadah.... Lantas lahirlah sifat Al kawi( competency) dan Al Amirul ( Intergrity)..

Sabda nabi saw:''Sesungguhnya Allah tidak melihat pada bentuk-bentuk (lahiriah) dan harta kekayaanmu tetapi Dia melihat pada hati dan amalmu sekalian(HR Muslim).

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan yang demikian dengan seindah-indahnya penjelasan dalam hadits Nu’man bin Basyir (ertinya)….“Ingatlah bahwa sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging apabila baik gumpalan tersebut maka baiklah jasad.

Pabila ada sifat hamba, maka segala kerja rumah yang dilakukan adalah kerana Allah dan akan timbul rasa seronok kerana segalanya kerana Allah

Balik surau,, terus bergegas kedapur mulakan acara memasak kerana 11.00 ada majlis Tahlil Muslimah di rumah jiran ku Kak Nor

No comments: