Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, February 22, 2011

Allah Tidak akan Mengubah Nasib sesuatu Kaum .....


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11)

Adapun bagi orang-orang beriman, " (iaitu) Mereka yang mendengar perkataan lalu mengikut yang terbaik di antaranya. Merekalah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan merekalah orang-orang yang berakal, ” (Azzumar: 18). .

“Allah telah menurunkan sebaik-baik kalam iaitu al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit-kulit orang-orang yang takutkan Tuhan mereka kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki,” (Azzumar: 23).

Ayat -ayat diatas jelas membuktikan bahawa apa cara sekalipun usaha perlu datang dari diri kita untuk mencintai Al quran kerana kesan Al-Quran terhadap mereka adaah kesan yang positif pada setiap masa, ia mengubah diri mereka daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain serta mendorong diri mereka untuk berhias dengan akhlak-akhlak yang mulia lagi terpuji.


Memang benar semua yang ada di muka bumi ini, semuanya dalam lingkungan ilmu Allah. Amal soleh, ajal maut, rezeki dan segalanya sudah tercatat di Luh Mahfuz sejak azali. Jika ia tidak berlaku maka ternafilah ilmu Allah. Namun demikian, adakah ia bermakna kita perlu meninggalkan semua asbab? Adakah kita mesti menolak semua wasilah untuk mencapai matlamat kita?


/fuzidss

1 comment:

zai@umiaiman said...

tengkiu, info yg amat baik..