Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, July 5, 2011

Mencari Sakinah....


Mencari Sakinah Dalam Kepelbagaian Solat

Ya Allah aku berlindung dengan redha mu daripada marah,
Aku berlindung dengan kemaafan keafiatan mu daripada hukumanmu
Aku berlindung dengan mu daripada tindakkanmu
Tidaklah dapat aku menghitung pujian pada mu Wahai Tuhan
Engkau itu seperti mana yang engkau puji dirimu

Nabi Ajar kepelbagaian doa agar dapat kepelbagaian nikmat, pabila sujud memohon padanya. Cubalah hayatinya moga akan lebih dekat denganNYA. Kepelbagaian doa Nabi sehingga insane akan rasa nikmat syukur.

Mencari Sakinah Dalam Rumah Tangga

Di saat kita mengucapkan selamat kepada sepasang pengantin, terucap doa untuk menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah. Sakinah adalah mencari ketenteraman hidup. Mawaddah adalah rasa cinta. Rahmah bertambah tua tumbuh rasa kasih sayang.Semoga Engkau berkenan mencucurkan Rahmat dan berkatMu agar rumah tangga mereka menjadi syurga mereka di dunia, sehingga mendapat surga di akhirat nanti.”


Rumah tempat berkumpulnya sebuah keluarga dan suasana di dalamnya dapat menumbuhkan rasa kasih sayang penghuninya. Rumah yang menumbuhkan kasih sayang mendatangkan berkah Menjaga persekitaran rumah selalu bersih, segar, rapi, sejuk dan indah. Semua ini akan menimbulkan ketentraman batin dan ketenangan jiwa. Hati yang tenteram akan menumbuhkan kasih sayang penghuninya.

Namun, masih banyak keluarga yang memiliki rumah hanya sekadar tempat persinggahan dan aktiviti untuk makan dan tidur saja, tidak dapat memperhatikan keperluan aktiviti lain. Bahkan yang tidak memiliki rumahpun, banyak. Sedangkan ada beberapa keluarga yang menganggap rumah adalah suatu Prestige dengan model yang sangat indah dan mewah, yang dibangun dengan dana yang sangat banyak.
Membangun rumah bukan tuntutan lahir saja, tetapi juga tuntutan batin. Menciptakan sebuah rumah yang akan menjadi syurga bagi penghuninya di dunia dan akhirat pula.
Allah yang maha kuasa bersifat baik dan menyukai kebaikan. Bersih dan menyukai kebersihan. Indah dan menyukai keindahan. Pemurah dan menyukai kemurahan hati. Maka jagalah rumahmu selalu bersih. Kebersihan mendorong keimanan. Keimanan mengantarkan ke syurga

No comments: