Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, September 27, 2011

Lemak Udang Tomato

Semalam during lunch hour, lari pi Parkson Subang Parade , mencari hadiah buat kanda . Merasa amat bersalah setelah menerima pemberian berharga dari beliau. Setelah begitu kecewa kerana gelang pemberian beliau telah ditukarkan, beliau berusaha mencari yang seakan-akan serupa dan I looooove it so much.

Pergi tanpa tujuan dan apa ku lihat menarik akan ku capai, antaranya sandal jenama Jeep kerana sandal ni jee yg ada saiz 5. saiz kaki comel kan, kemudian cari Kemeja bonea kurasakan sangat besar buat beliau lalu beralih arah pada Padini, berjalur hitam dan purple dan last sekali kulihat Pen dan kutempah khas buatnya...Alhamdulillah sampai office 2.00pm

Balik ke rumah bergegas capai udang, santan buat masak lemak udang memang fav dia.. so campak-campak jadilah memandang asam keping terpaksa lah letak tomato lebih sikit.. Puas sangat melihat beliau 3 kali tambah..."nasi pun habis anak-anak terpaksa makan kendian...

/fuzidss

No comments: