Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, September 5, 2011

Ziarah dan Kunjungan

Agama Islam sangat mengalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwwah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:

Maksudnya : "Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.

Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan.

Pada kali ini Raya, konsep kami agak berbeza sedikit dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Idea abah untuk kami memulakan langkah kami sebagai tetamu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah dan dimulai dengan marhaban. Rata-rata tuan rumah amat terharu mendengarnya. Kami selaku tetamu menghulurkan tangan dan berjabat tangan dengan tuan rumah sebagaimana dengan hadith Nabi SAW riwayat dari al Barra’ RA yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah SWT sebelum berpisah”.

Tetapi budaya sekarang amat mengecewakan serta amat mendukacitakan kita pada hari ini, di mana terdapat sebahagian dikalangan umat Islam atau sahabat-sahabat kita kurang memberi perhatian terhadap amalan ziarah menziarahi terutamanya menziarahi saudara-saudara terdekat, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya.

Mereka lebih gemar menonton rancangan-rancangan televisyen malah mereka hanya berharap orang lain yang akan mengunjung ke rumah . Kita perlu menguhbah sikap kerana ia tidak menepati suasana sambutan hari raya yang di kehendaki Islam. Kerana masa inilah kita rebut peluang untuk menziarahi saudara mara dan kita dapat mengenalinya, lebih-lebih lagi dengan kekangan kerja membataskan aktiviti kita untuk mengenali saudara mara pada hari-hari yang lain.










ala-ala iklan gitu ha ha



Anakanda bersama tuan rumah





/fuzidss

2 comments:

AI said...

- amboiii...dekat tingkap lagi tu...hehehe

fuzidss said...

tu laa tu.. pantang nampak tingkap rumah kayu..semuanya nak bergambor... he he