Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, October 5, 2011

Banyaklah memberi....


Manusia terbahagia pada 2 kategori, manusia import dan manusia export. Export merupakan orang yang sentiasa memberi. Hubungan tidak seimbang jika manusia hanya mahu menerima. Manusia yang paling bahagia adalah orang yang bahagia apabila melihat orang bahagia. Orang yang senang tertekan apabila di dalam hati ada dengki dan sentiasa mahu menerima . Dari segi kasih sayang juga begitu. Kalau kita perlu kasih sayang, maka berilah kasih sayang.



Sebagai pekerja, kalau manusia import sentiasa memikirkan imbuhan.Tetapi manusia export sentiasa memikirkan apakah sumbangan yang boleh diberikannya. Sebagai tetamu, budaya memberi hadiah perlu diamalkan. Ia adalah amalan penambat hati. Tuan rumah juga perlu memberi kepada tetamu. Orang yang mempunyai mentaliti kekurangan adalah manusia import. Manusia import selalunya dahagakan kebahagian. Keselamatan dan keyakinan bukan pada luaran, tetapi letak dalam diri manusia. Siapa yang takut pada Allah tak takut pada sesiapa

Orang yang tak takut akan terus memberi, tak takut kekurangan atau apa pun. Sentiasa menanamkan di minda samada diri mahukan redha Allah atau penghargaan manusia. Kalau nak tengok seseorang itu tengok dia berkata yang positif atau negatif. Kalau manusia yang sentiasa bercerita tentang masalah, dirinya ada banyak masalah dan banyak penyakit.



Jadilah seperti cahaya matahari, bila jumpa seseorang, buatkan orang itu rasa gembira tentang dirinya. Fikirkah tentang apakah mesej yang membuatkan seseorang itu gembira dan rasa bahagia. Pemikiran menentukan sikap seseorang. Jenis manusia wajib adalah apabila dia tiada, semua orang tanya. Manusia yang jenis haram, kalau tak ada itulah yang sebaiknya.


Sumber : Radio Ikim - Bersama Prof
Topik :Jenis-Jenis Orang Dalam Kehidupan


Kredit to Yuri


Bersama puan : Puan Fairuz dan Dr. Muhaya

No comments: