Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, October 4, 2011

Etika Kerja Dalam Islam Ubudiyyah,Mas'uliyyah dan Itqan

Prinsip Ubudiyyah (Pengabdian terhadap Allah)
Ubudiyyah dalam kerja bermaksud bekerja semata-mata kerana Allah dengan meletakkan setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang akan memperolehi ganjaran pahala di akhirat ’Bekerja’ akan mencapai tahap ibadah apabila dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.


Prinsip mas’uliyyah atau ’accountability’ ialah prinsip yang menuntut seseorang pekerja supaya sentiasa berwaspada dan bertanggung jawab ke atas apa yang dilakukan atau dibelanjakan kerana mereka akan di periksa dan disoal bukan sekadar di dunia malah di hari pembalasan.
Asas pegangan orang Islam dalam hal ini termaktub di dalam banyak ayat al-Qur’an dan hadith Rasulullah saw.

Prinsip itqan iaitu prinsip yang menuntut manusia supaya melaksanakan sesuatu amal atau kerja dengan cara yang bersungguh-sungguh, melakukannya dengan sebaik-baiknya, serious dan bukan main-main sehingga tercapai perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang. Sifat seperti ini menjadi tuntutan Islam sebagaimana maksud hadith Rasulullah saw; “Allah sangat menyukai mana-mana hambaNya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukannya dengan sungguh-sungguh.
Kerja yang sungguh-sungguh menggambarkan kesempurnaan iman dan taqwa, ketulusan hati, keluhuran budi dan kemuliaan akhlak yang semua sifat-sifat ini akan dikira oleh Allah dalam menentukan amal hambaNya diterima atau sebaliknya.

sumber: Prof Muhaiya-Radio Ikim & citutrg.blogspt.com
/fuzidss

No comments: