Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, November 10, 2011

Jalan Kebenaran Terbentang Luas

Pagi ini setelah habis membaca Al-quran, surah Yunus, ku dihampiri oleh seorang "kakak". Sedapnya awok baca sat ni. kak suka sangat dengar'... ohhh kak saya belajar tajwid malam tadi, jadi bila habis belajar pagi pasti saya ulang balik apa yang diajar oleh mualim saya...Jawabku " Awok belajar di Masjid negeri ko? " dok, di seksyen 7 jaaa. Tapi saya ramai ustaz yang saya rujuk. Ada 3 ustaz yang saya belajar lo ni dan hampir tiap-tiap male saya ado kuliah talaqi. " nati kak nak belaja buleh ko?" Insya Allah buleh ...tak dok ha... akak mari awal dalam pukul 7.30pagi saya mari doh kat surau ni".... ;)

Ingat, janji Allah pasti bahawa sesiapa yang tunjuk jalan kebenara pada hamba lain, Allah beri ganjaran. Jalan kebenaran itu terbentang luas.

Selain itu nak kongsi bersama amalan yang dilakukan selama beberapa minggu ni ..Alhamdulillah nampak keberkesanannya.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Setelah itu mandi dan seeloknya dan tunaikan solat Fajar. Setelah langkahkan kaki ke Surau/Masjid dan hiruplah udara segar ketika itu kerana ia akan memberi kesegaran yang pasti mengaktifkan minda dan hidup akan jadi lebih focus. Cuba sedaya upaya untuk berjalan.

Setelah solat subuh, bacalah surah Al-Qurn dan tunai sunat Dhuha kenudain minum lagi air suma Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. Setelah itu lakukan senaman ringan.Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. Amalkan solat tahajud. Sntiasa tenang dan bersikap positif mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:
Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

/fuzidss

No comments: