Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, January 29, 2012

IKAN BAKAR LEMAK




Sumber : Masam Manis
IKAN BAKAR LEMAK PANDAN

2 ekor ikan ~ di siang dan di cuci bersih
2 helai daun pandan

Ikan yang telah di bersihkan tadi dililit dengan daun pandan dan sematkan daun pandan dengan lidi
Ketepikan

125 ml pati santan
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
Garam secukup rasa

Panaskan oven terlebih dahulu
Satukan bahan yang dikisar dengan santan dan garam secukup rasa
Lapiskan loyang pembakar dengan daun pisang
Susun ikan atas daun pisang
Tuangkan kuah santan atas ikan dan ratakan di kedua-dua belah
Bakar ikan dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 30 minit atau sehingga ikan masak kuning keemasan
Hidangkan ikan dengan air asam


AIR ASAM HARUM RAMPAI

3 batang cili merah ~ dikisar halus
6 tangkai cili api ~ dikisar halus
Sedikit belacan bakar ~ dikisar
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 biji tomato ~ didadu
1 kuntum bunga kantan ~ dirampai
4 tangkai daun kesum ~ dirampai
250 gm asam jawa ~ diramas bersama 6 sudu besar air tapis dan ambil airnya sahaja
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang besar
Tuangkan air asam
masukkan bawang hiris, tomato, bunga kantan dan daun kesum
Gaul rata
Perasakan dengan garam dan gula secukuprasa
Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.


Hari ni balik dari surau, then kami , all the bujang, kanda menggerakkan tulang 4 kerat kami. setelah itu pergi pasar, Teringin sangat nak makan ikan bakar, google dapat tengok blog masam-manis. Mohon lalu ya


berikut adalah senarai.

Runcit. RM36.00
Udang RM20 [ kali ni the most expensive ]
Ikan bawal RM15
Ikan Kembung RM7.00
Sayru RM6
Santan RM3.00
Daging RM12.00
Pisang RM3.00


/fuzidss

No comments: